Kisah ni bukanlah kisah saya ketinggalan bas kuning seperti entri sebelum ini. Kisah ini kettinggal bas kerana saya lambat membuat update sedangkan kisah ini dah hehe...sebulan berlalu.

Kalau tak silap kira la, agak-agak dalam 83 buah kereta Toyota Wish ahli yang hadir dalam program ini. Mereka ini adalah dari Selatan, Central malah dari Pantai Timur dan Singapura pun ada. Konvoi dari Selatan dan Central bertemu dan berkumpul di Hentian Kenderaan Berat di Kg, Gangsa, Melaka. Di sini, taklimat diadakan untuk satu lagi konvoi yang akan menuju Hotel Mahkota di tengah pusat Bandaraya Melaka. Konvoi ini akan melibatkan 83 buah kereta. Bayangkan kesesakan yang boleh berlaku di trafik melaka yang sentiasa sibuk.





Itulah kisah ketinggalan bas. Nak menulis banyak pun dah malas sebab lama sangat aktivit ini berlaku..........









