11 October 2010

Penutup Syawal

Hehe... genap sebulan beraya agaknya. Rasa-rasanya inilah penutup bagi sambutan raya tahun ni. Sabtu lepas bertempat di Bakri, Muar ahli-ahli kelab Wish Club M7 berkumpul untuk meraikan Aidilfitri 1431H yang berada di penghujungnya.

Ramai jugak rakan-rakan kelab yang hadir Selain dari sekitar Johor, ada juga ahli kelab dari Singapura, Melaka serta Selangor dan Kuala Lumpur yang hadir. Majlis bermula dari jam 8.00 malam dan berlarutan sehingga 11.30 malam.

Majlis yang diadakan di sebuah rumah kampung Johor ni bertujuan untuk mengumpulkan ahli-ahli kelab bagi bertemu dan juga mempereratkan silaturahim antara ahli.

Sampai rumah jam 1.00 pagi, terus cari bantal. Fuh! lega kerana esok adalah hari Ahad. :)

4 komen:

gambar no3 tu cantek. teknik zoom in ke tu? :D

Salam bertandang lagi..
moga tuan blog selalu sihat..

Mr Noble:
Gambar tu dah di edit pkai photoimpact. effect zoom blur....

Zulkbo:
Alhamdulillah sihat, cuma mcm malas2 nak buat entri. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More