02 September 2010

Ziarah Ramadan WCM7

31 Ogos 2010 di kala negara menyambut kemerdekaan untuk kali ke 53, saya berkesempatan untuk sama-sama mengikuti satu program yang dipanggil Ziarah Ramadan yang dianjurkan oleh Wish Club M7. Tarikh ini dipilih memandangkan hari ini adalah cuti umum dan kebanyakkan ahli-ahli WCM7 bercuti di kala ini.


Program ini adalah sebenarnya untuk menyampaikan sedikit bantuan barangan dan juag kewangan kepada mereka yang memerlukan. Untuk kali ini kelab mensasarkan kepada warga emas dan juga orang kelainan upaya (OKU) di sekitar Kampung Rimba Terjun, Pontian, Johor. Sumbangan ini dengan harapan sedikit sebayak akan dapat membantu mereka menghadapi hari lebaran yang bakal tiba nanti.

Sebanyak 56 buah kereta Toyota Wish dan 255 orang terlibat dalam program ini. Kami berkumpul di Masjid Jamek Taman Perling, Johor. Kemudian selepas solat zohor kami berkonvoi hingga ke tempat tujuan. Di sempadan Ulu Choh, kami diiringi oleh pihak polis traffik bagi melincinkan perjalanan.


Sumbangan diberikan melalui dua peringkat iaitusecara rumah ke rumah. dan di Masjid Kadi Mohd Shah. Ahli-ahli kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka ditugaskan menyampaikan sumbangan ini kepada pihak berkenaan di rumah mereka.

Antara barangan sumbangan dalam program berkenaan.

Antara warga emas yang menerima sumbangan kelab.

Di akhir majlis kami semua berkumpul di Masjid Kadi Mohd Shah, Rimba Terjun untuk satu lagi majlis penyampaian bantuan. Seterusnya kami dan AJK masjid berbuka puasa bersama-sama.

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More