14 August 2010

Ribut Di Bazar Ramadan

Berita dari themalaysianinsider :

JASIN, 13 Ogos — Dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh menakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut dalam kejadian yang melanda kawasan Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

“Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah (panjang) 20 kaki x20 kaki (lebar) yang diterbang ribut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Che Suza berkata Abdul meninggal dunia ditempat kejadian, Mahadi di. Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka. Mayat Abdul dan Mahadi dibedah siasat di Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka. Mahadi peniaga martabak manakala Abdul penjual cendol. Sebanyak 21 khemah disediakan untuk 56 orang peniaga di bazar tersebut. Beliau berkata kebanyakan daripada 18 mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jasin.

Seorang peniaga yang terselamat dalam kejadian itu, Farim Rosli, 32, berkata kejadian ribut yang kuat itu telah menerbangkan hampir kesemua 30 khemah yang disediakan kepada peniaga di Bazar Ramadan berkenaan. “Tiba-tiba ribut datang, terbangkan khemah tempat saya berniaga, nasib baik saya dapat mengelak daripada terkena tiang besi kaki khemah yang diangkat ribut, kalau tidak tak tahu nasib saya,” katanya.

Beliau berkata orang ramai dan peniaga bertempiaran lari menyelamatkan diri dan ada di antara mereka yang dihempap oleh khemah.

“Sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kami (peniaga) dilanda ribut yang cukup dasyat, walaupun dalam tempoh yang tidak lama,” katanya dari Kampung Air Merbau.

Seorang pengunjung Bazar Ramadan itu, Fatimah Hassan, 32, berkata ketika kejadian orang ramai sedang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar berkenaan.

“Keadaan ketika itu begitu kelab kabut dengan masing-masing cuba lari. menyelamatkan diri, saya bersyukur kepada Allah kerana tidak cedera walaupun nyaris-nyaris terkena tiang besi kaki khemah yang diterbangkan ribut,” katanya.

Turut melawat mangsa ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ahli Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Rambai, Hassan Rahman. — Bernama

Gambar-gambarnya :











17 komen:

moga-moga kita sama-sama mengingati allah

dugaan dalam menjalani ibadah puasa,kena tabah dan reda dengan apa yang berlaku.

azman4282:
Semuanya dugaan. Harap2 siapa yg terkena tu bersabarlah.

Ya Allah! harap2 takde lah bekas teman2 IKM saya yg terlibat dlm kejadian ribut nih!
Semoga mangsa kejadian ribut ini juga akan pulih sepenuhnya!

Dekat BP pon mmg kuat angin ributnya ptg smlm dlm pukul 4 ptg. semoga tiada lagilah kejadian spt itu lagi di bulan2 yg mulia ni....

Amin!

masyaallah..tuhan uji kite bile2 mase jgak kan..ingatlah Dia selalu..

J@J@:
HAri tu belah johor pun hujan dan ada angin kuat sikit. Tak sangka pula belah jasin tu, sampai begitu sekali.

sugar2kapas straberry:
Begitulah, dah berlaku mana yg terlibat bersabarlah.

Rozuan Ismail:
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. :)

Sebut pasal bazaar ni..sekarang ni seksa betul nak membeli di bazaar..penuh ngan lautan manusia.Tengah elok2 berpuasa bergesel pulak sesama bukam mahram..elok kembalikan tradisi memasak di rumah sesama ahli keluarga.

azryanys:
...... yg terpaksa dihadapi.

Cikgu Idris:
sesak dengan manusia tu satu hal... masalah nak parking pun satu hal jugak.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More