16 August 2010

Quran Explorer

Alhamdulillah esok masuk seminggu kita berada di dalam bulan Ramadan. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Dengan berpuasa, bersesak di bazar ramadan membeli kuih-muih, bertarawih dan sebagainya. Alhamdulillah kita masih diberi kuasa untuk berbuat demikian.



Membaca Al-Quran juga amat-amat digalakkan dalam bulan Ramadan ini. Banyak pilihan dan cara untuk membacanya, salah satunya adalah melalui kecanggihan internet sekarang ni. Saya sangat teruja dan kagum dengan kesungguhan individu untuk mengadakan intipati yang sangat berguna kepada orang lain.

Dalam kontek ini bacaan Al Quran secara internet memang amat berguna kepada umat Islam. Salah satu kegunaan internet yang dapat dimanafaatkan dengan kebaikan. Jika dulu hanya ada pilihan 5 Qari tetapi kini kita boleh memilih salah satu dari 10 orang qari untuk mendengar bacaan mereka dan dengan terjemahan pelbagai bahasa termasuk Malaysia dan Indonesia. Ciri menarik lain adalah dapat memilih surah, ayat serta juzud untuk membaca atau mendegar bacaan. Cukup menarik, sila ke sana dan bookmark. Jadikan laman pilihan sempena Ramadan ini.


2 komen:

salam ziarah..
semoga anda selalu
sihat untuk menjalani
ibadah di bulan Ramadhan
Al-Mubarak ini..
thanks info itu saudara..

Salam ramadhan...
TQ kongsi info, tok...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More