03 August 2010

Bersama Geng WCM7 Melaka

Hujung minggu lepas agak padat sikit jadualnya. Langsung aktiviti berinternet ditangguhkan untuk 2,3 hari. Fuh ada yang kata pecah rekod tak buka internet. Sabtu lepas berkesempatan ke Kuala Lumpur kerana meziarahi adik ipar saya yang baru bersalin seminggu yang lalu. Kerana kesibukan, baru hujung minggu lepas ada masa untuk melawat beliau. Ini merupakan anak kedua beliau, kedua-duanya lelaki. Kalau dulu namanya Mohamad Jibrail, yang ini diberi nama Mohamad Izroil. Bermalam semalaman di sana sebelum keesokan harinya menuju Melaka untuk event bersama ahli-ahli Kelab Wish Club M7 Geng Melaka.

Event kali ni yang diberi nama History Drive (HD). Sebenarnyaia telah bermula sejak Sabtu lagi tetapi memandangkan saya ke KL dahulu, jadi hanya dapat join pada hari Ahad sahajalah. Untuk hari Ahad ni, kami akan menuju ke sebuah dusun untuk aktiviti makan-makan buah-buahan terutama durian.

Berkumpul di perkarangan Masjid Syadina Ali di Bukit Katil, Melaka. Masjidnya baru dan cantik. Hanya lebih kurang 16 kereta sahaja yang dapat hadir untuk hari ini, memandangkan ada yang terpaksa pulang dahulu kerana ada urusan-urusan lain.

Sebenarnya bukan sahaja ahli dari Melaka yang hadir tetapi ada juga ahli-ahli dari KL, Johor dan Kuantan yang sanggup turun sekali. Bergerak dari Masjid Syadinna Ali selepas bersolat zohor menuju sebuah dusun di Jasin, Melaka.

Di sana puas jugak mengopek durian, makan duku-langsat, rambutan serta manggis. Durian..... saya cuma tengok saja, nak makan.. saya takut pening nak drive balik ke Johor. Lebih kurang pukul 5.00 petang habislah aktiviti tu dan semasa balik, tengah risau kepenatan untuk drive ke Johor Baharu pulak esoknya..

11 komen:

aiik..! tak makan durian.. rugi le bang oi..

;p mana satu tok ni.?

♥xaturen♥ :

Gambar bawah sekali... tengah kopek durian. :)

salam Tok


pB doh buleh makae duriannnnn



hik hik hik , tu pung nok so'ho

wa manyaknyer duwian.. sedap2

wau! mesti kekenyangan makan buah :)

huiiii...seronok laaa mkn drian bwh pokok drian..

segar dr ladang!
xq

pB:
Alhamdulillah......

Nikmat makan sudah kembali.... :)

Ms. Ann:
Banayk2 pun... sy tukang tengok aje.. :)

Mr Noble:
Ramai yg kekenyangan mkn buah.....kecuali sy. :)

J@J@:
Kebunnya memang luas,yg nampak paling byk adalah pokok duku.... durian ntah dok belah mana.

Gi serang kebun sapo? Tok Nabe ni sebenarnya 'cawat' mano heh, Nara ko..Taba ko?..hee3

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More