20 July 2010

Sunyi Sepi Saja

Copy and Paste dari laman sesawang.

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 malam Dia bekerja ditingkat 8 di bangunan itu dan hendak turun ke tingkat bawah. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar di otaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke tingkat bawah. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada gadis itu masih ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".


21 komen:

suspen jeh...muke cantik kentut buhsuk.manusia itu mmg tidak sempurna sifatnya

salam..
mak aihh..muka cantik..
kentut bau busuk gak..hu hu
orang Pahang kabor 'maruuu'
he he..

JULYA:
Semua org kentut.... cuma bezanya bunyi dgn tak bunyi aje..hikhikhik.

wanie:
mariam ozawa mcm mana... :)

zulkbo:
huhu.... mana nak cari kentut bau wangi. Kalau ada boleh ganti minyak wangi.

hahaha... cerita gembira di pagi hari :) hairan, tak kedengaran sound effactnya.

wat lawak je la tok nabe ni..hik hik..wat suspen je..ingtkn hantu td..papepon sori la dh lama sy x update blog tuh..dh bersarang dh kot..

adeehh.. ape ke lawak sangat ni...

Maaf mencelah Julya..manusia mmg dah sempurna sifatnya. Kentut mmg la busuk. Mana ada org kentut wangi. Allah Maha Tahu apa yang dijadikannya.

Rozuan:
Jangan sampai kena lelong blog tu.. hikhikhik.

xaturen:
lawak sbb blog saya makin sunyi sepi sekarang ni.....

cikgu idris:
Itu saja je yg kat manusia tak boleh ubah......... tak boleh dijadikan wangi. :)

hahah! dia raba tak gadis tu? :p

cissssssssss!!!

melanton bau nye!

Ni ore Pasir Mah nok Kome..Kalu mace tu ketut dio nga ambo bau serupo jer lah...Hee3.

Mr Noble:
Tangannya tengah tutup hidung..............

J@J@:
Ada satu masa kentut jadi wangi...... bila tu yek.

Nidus2:
Tak jupo lagi kentut hok bau wangi.......

alahaii..citer ni sy dh slalu dgr, haha.
Tak suspen pulak bila mula2 baca, hehe..

Tp mgkn sgt suspen bg mereka2 yg baru je mengikuti cerita ringkas ini, ngeeee

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More