11 July 2010

Rakan WCM7 Dan Rambutan

Menerima kunjungan geng WCM7 Kluang petang Jumaat semalam. Mereka ini adalah pemilik-pemilik kereta Toyota Wish sekitar Kluang yang berdaftar dan menjadi ahli kelab Wish Club M7. Memandangkan sekarang tengah musim rambutan saya menjemput mereka untuk sama-sama petik dan makan rambutan.

Tak ramai yang dapat hadir memandangkan Jumaat adalah hari bekerja bagi negeri Johor ni, yang agak lapang je hadir pada hari tersebut. Pokok rambutan bukanlah banyak sangat tapi kalau nak makan kira keluarga saya memang tak habis. Tiap-tiap tahun memang ada je yang akan kering kat atas pokok tu.

Dah datang tu, mereka jolok dan petik sendiri, saya tukang amik gambar aje. Ingatkan nak gondolkan 2 pokok tu tapi diorang kata yang dah petik tu pun dah banyak sangat. Sepokok pun tak gondol-gondol. Mungkin rezeki untuk orang lain pulak tu.....

Dah petang masing-masing berkejar balik ke Kluang.......hehe nak amik anak-anak balik sekolah.ler tu. Thanks semua yang sudi datang.

Sekarang tengah menunggu geng-geng blogger pulak mana yang sudi nak datang petik rambutan. Saya mempersilakan......... :)

12 komen:

tahu xpe..pokok rambutan umah sy pon byk buah dia.
smpai sy bw datang 1 kotak kat uniten.hik2

sugar2 kapas strawberry:
huhu....dah batuk2.

Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu di hari
minggu yang damai..
cantik kereta semua nya..he he

zulkbo:
w'salam.... isyaAllah moga diberkati Allah.

suka ngan rambutan.. kalo ada tak hingat langsung selagi x kesat2 kat tekak tuh..

maiyah:
makan masa tengah ada... nanti tak masa tak ada tercari2 pulak. :)

alamak..lambat baca n3 TN ni!

Ahad smlm baru pegi Renggam rmh atok, klu tak blh panjat pokok rambutan tu...
(cehh! mcm berani..)

ch@:
Durian tak ada..... :)

J@J@:
Huhu..kalau tak boleh ler panjat pokok. :)

Renggam kat mana yek..? sy ngajar kat renggam/ kg. tengah.

ata larrrr kor pB sikitttttt

pB:
Kato tak leh make buah............

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More