06 June 2010

Sabtu Cuti

Sabtu cuti, tak ada apa hal nak buat. Berbekalkan baldi, air dan sabun kemudian max dan juga polisher. Kereta di bawah saya kerjakan. Itulah hasilnya. Walaupun penat tapi alhamdulillah berbaloi.

Juga tengah mencuba antivirus baru, The Sheild Deluxe bagi mangantikan antivirus Kaspersky yang tamat tempoh. Antivirus ini satu keluarga dengan Bitdefender Antivirus. Prestasinya melalui review beberapa pages di internet berada di kedudukan teratas mengalahkan kaspersky. Tiga hari mencuba, memang securitynya boleh tahan hinggakan mana-mana perisan yang menggunakan patch atau crack dikesan dan kalau silap haribulan boleh dipadamkannya. Hehe.......kesimpulanny,a antivirus kalau power sangat pun membawa masalah.... hehe. Cuma sejak menggunakannya saya perasan, sambungan internet menjadi perlahan sikit. Mungkin secara kebetulan kot.

Esok, Ahad ada satu, dua undangan perkahwinan....... biasalah time cuti ramai orang amik peluang untuk buat majlis. Dah diundang, kenal pulak tu kena hadirlah. Selamat Bercuti bagi siapa yang bercuti, yang berkerja teruskan kerja, yang cuti tapi kena kerja.... itulah nasib kamu. :)

14 komen:

salam
waaa... kreter dh kilat, selesa nak gi mkn knuri.

sy dh bertahun tak basuh kreter sniri. basuh antar car wash, polishpun kat car wash!
(kalau dh malas, pyh criter la...)

piewahid:
mendung pulak hari ni. Selama 3 tahun kereta ni baru sekali masuk kedai basuh kereta. Basuh sdiri puas hati sikit...... tp penat ler sikit.

meh tlg cucikan kreta saya tok. tak larat mau cuci waja tu seorang rasanya. haha! masuk mesin pencuci je ;p

fuhhh...berkilau2...
kalah polish kat kedai car wash...
budak2 kedai car wash musti salute la kat ko..hahaha

cuti baru bermula...panjang lagiii...
erm
aku pon pakai bitdefender je...
lepas ni mcm nk ubah selera pulak...entah laa...

if i'm not mistaken, mmg antivirus yg bagus akan slower down pc kan. tapi slower but safer ok la kan

ch@:
Huhu..nak habiskan satu pun berpeluh, tu sy yg lagi satu tu.. tunggu minggu depanlah.

Kalau ler boleh masuk mesin basuh.. ;)

chekgu BAniHassim:

Apa tak meling.... dari kul 8 hingga kul 12 dok kerjakan..

Bitdefender baik, tp rasanya mcm lambat. Setakat guna kaspersky, dia tak ganggu komp.

wanie:
Jadi slow sangat, tak selesa pulak rasanya. dah dpt key kaspersky balik rasanya, dah abis utk trial the sheild tu.

masa utk merehatkan minda kan.. cuci kete terapi gak hehe, sy ni sumanya terapi ngeeee..

dah 5 tahun tk penah cuci keta di kedai atau sendiri sbb 5 tahun gak tkde kereta..ms ada keta dulu rajin basuh sndri..

maiyah:
memang terapi......tapi peluh meleleh2 jugak.. :) sernok bila dah bersih tapi sayang pulak nak bawa keluar. :)

Idalara:
Banyak yg sg saya basuh sendiri dari hantar kedai. Lebih percaya dan puas hati bila basuh sendiri

dah berkilat2 kereta tu ye Tok! Harus lah melaram lepas tu...heheh!

patot ar dah slim.. hari2 mengilat kereta.. hehe...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More