31 May 2010

Urusan Hari Ini

Hari ni terbuka sikit hati nak menjenguk nursery (plants) yang berdekatan dengan rumah ini. Cadangnya nak mencari satu, dua biji pasu untuk dijadikan tapak bagi meletak satu, dua pokok bunga yang baru dapat semalam. Nursery ni tidaklah jauh sangat dari rumah, kurang10 minit perjalanan dah boleh sampai, letaknya di hadapan kubur cina berhampiran pekan Simpang Renggam.Namanya... entah tak perasan. Asalnya bercadang untuk mencari pasu ni ni Air Hitam tapi ada hal lain yang perlu diuruskan di Simpang Renggam..... jadi kira pergi ke situlah, satu arah.

Ini bunga apa, entah. Cantik dengan bunga-bunga kecil yang memenuhi pasu. Cantik dibuat hiasan di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari. Ini salah satu calon untuk pasu-pasu yang akan dibeli nanti.

Nursery ini tidaklah besar tapi banyak juga kelengkapan berkebun yang boleh diperolehi di sini. Pokok-pokok bunga dan hiasan memang banyak yang boleh dipilih. Mana yang berkenan, pilih dan tanya harga... hehe kalau agak mahal...letak balik ler. :)

Asalnya mencari dua pasu tapi balik dengan 5 biji pasu, 2 pokok bunga dan 2 paket tanah serta seekor ayam panggang... erk, ayam panggang dibeli kat pasar malam di Simpang Renggam selepas selesai aurusan pasu memasu. :)

28 komen:

byknye bunge shantek2...
sy pon tgh mencari pokok2 gak...
tuk deco taman...

oooo rajin bekebun rupanya toknabe ni....baru auntie tauu

sy dh lama betul tak menjengok2 nursery pokok..pdhal itu ler hobi sy 2-3 thn dulu, hehe.
Pokok kat luar pun..anak2 sy yg tolong siramkan..hehe lagi dan lagi.

Psst; tok...sebok ke cuti sekolah 2 minggu ni?? adakan kelas tambahan utk upsr ke?? hmm..Tp kalo ada pun..selalunya minggu pertama cuti je kan?? hehe
Pe pe pun...selamat bercuti!!!

dah lama combi tak tanam bunga tok sebab kemalasan melanda kini... ;(

cuma dok menten yg lama seperti hidup segan mati tak mahu ;)

chekgu Bani Hassim:
Mana yg cantik & dah besar2 arganya pun besar juga. Jadi cari yg kecik2 bela baik biar besor.. :)

yanglerni:
Hehe...berkebun kat PB pun sy minat untie.. :)

Alona:
Tak beberapa sibuk cuti skolah ni tp ada la beberapa aktiviti nak kena buat. Kalau dua minggu cuti tu..seminggu dikhaskan utk sekolah.. gitu je. :)

echah_syed:
sy pun tak pandai nak tanam menanam ni, kalau hidup kira oklah.. :)

rasa lama gile tak berkebun. Bila eh last berkebun? ada la dalam 10 thn yg lalu? hoh! lupa asal usul sungguh kite ni :p

ch@:
Sy pulak hari2 berkebun tp kat FarmVille ler... :)

hehehe....

ingatkan beli ayam panggang dekat nursery td..
xD

Selamat Bercuti ye TokNabe..sempat la blk klntan ye!

EII pokok yang macam sotong kurita tu menakutkan..

J@J@:
hehe... tokeynya cina, tak nak sy beli ayam panggang dia. :)

TQ..... mungkin sempat balik sekejap ke kelate.

noor afzan:
Sy pun tak tahu nama pokok tu,batangnya berbulu dan berjuntai2 mmg macam sotong kurita.

er..iye..
tapi serius ada ke orang nak beli..
scary la kalau tengok malam2.
uuuu..

noor afzan:
Mungkin ada kot org2 yg mencari tumbuhan unik. Kalau terpegang mlm2.......huhu

masa sihat dulu, nursery la antara tmpt peberet sy wktu lapang. smbil2 tu leh snap gambo. mmg slalu jadi, hajat nk beli 1/2 pasu tapi tbeli mcm2...

wah beshnyer..tanam banyak bunga =)) like this

piewahid:
Suka juga tengok pokok2 hiasan ni tapis atu je hairan, bila kat nursery lawa kemain tp bila bawa balik tanam kat rumah...huhu lama2 mcm hidup segan mati tak mahu.. :)

gooseberries:
Saya pun dah mula suka jugak ni.....

webmaster@echam:
W'salam.. terima kasih kerana singgah kat blog toknabe ni.

Salam...

Aminkan doa Imam Masjidil Haram.

haha berkebun tak kuar peluk langsung :p sama ar, tapi kite kat burnbuddy je

oh...teringat pokok bungaku yang semedang je kekeringan.

baincardin:
Insyaallah.. utk kesejahteraan Palestin.

ch@:
Dah nak jemu dah.. tp tinggal lama2 teringat pulak. :)

rumah kuning:
Harap2 yg saya punya ni pun tak kekeringan. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More