23 May 2010

Membuat Perubahan

Hujung-hujung minggu ni bagus jugak kalu dapat pi mana-mana. Pergi memancing ke, pergi mandi laut ke, pegi jalan-jalan ke tapi sebenarnya duduk kat rumah juga menyeronokkan. Apa taknya lima hari kekadang 6 hari ulang alik ke tempat kerja, buat rutin yang sama setiap hari. Sesekali cuti berrehat-rehat di rumah, amat melegakan urat saraf............ hehe duduk depan komputer juga boleh ler agak lama sikit hujung-hujung minggu ni.



Tengah membuat sedikit pengubahsuaian bagi lama webblog sekolah ini. Masih mengekalkan corak template yang lama tapi ada pengubahsuaian dari segi kedudukan sidebar, ikon, warna latar dan kedudukan slideshow. Wajah terbaru webblog adalah seperti diatas dan yang lama seperti gambar di bawah ni.


Wajah lama kedua sidebar adalah disebelah kanan manakala wajah baru sidebar berada di kiri dan kanan. Untuk slideshow pula,setakat ini perjalanannya lancar saja walaupun saya menggunakan sumber javascript dari laman asalnya. Jika nanti timbul masalah, saya terpaksa meggunakan sumber javascript sendiri atau memasukkan terus javascript tu ke dalam template blog. Sebenarnya slideshow dan juga thumbnail untuk posting memerlukan javascript tertentu untuk berfungsi.

Inilah kerja saya sepanjang Sabtu, dan setakat ini saya puas hati.

15 komen:

yg baru tu nmpak lebih ceria.. ;p

rajin tok kita ni buat perubahan.. hehe.. Mitsubishi Electric punya motto iaitu.. Changes For The Better.. macam Tok kita jugak..

SuePrettyInPink :
Yg baru terang, yg lama nampak kelam sikit.

sugar2 kapas straberry:
Tq, nampak ceria sikit yg baru tu.

kasawari:
huhu....moto Mitsubishi Elec tu sy yg cipta..wakakaka.

memang sesuai dah tok blog sek kaler bluish camtu..tahniah!

Cantik2..masuk rasa ceria jerk..:)

c.i:
Dulu kaler gelap sikit, kali ni ubah terang. Mcm ceria.

Sricahaya:
terima ksih.. itulah rasa mcm ceria juga warna cerah2 ni.

i like a new one tok. cun :)

makin meriah la website sekolah tu ye!
blues clues gitu...hehehhe

J@J@:
Kekadang template tak boleh statik aje. lama2 akena ubah jugak... kalau tak org boring.

salam...
nampak menarik
blog sekolah tu

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More