12 May 2010

Alkisah Ke Kedah

Alkisahnya hujung minggu lepas saya ke Pendang, Kedah kerana mengiringi pengantin dan keluarganya ke majlis bertandang belah pengantin lelaki. Bertolak dari Johor lebih kurang pukul 9.00 malam dan sampai ke Pendang lebih kurang pukul 8.00 pagi keesokkan harinya. Memandangkan kami pergi dengan bas, jadi tiadalah penat memandu. Walaupun begitu keletihan masih juga terasa kerana bukannya selesa tidur dalam bas.

Majlis di belah pihak perempuan telah berlangsung seminggu lebih awal. Sebenarnya pengantin perempuan adalah sepupu orang rumah saya. Jadi yang mengiringi pengantin ke Kedah ini adalah ramai di kalangan saudara mara dan sedikit jiran yang terdekat.


Selesai saja majlis menghantar pengantin, kami ke Padang Besar, Perlis memandangkan jaraknya bukanlah jauh sangat tempatnya dari situ. Di situ apa yang ada ye.......


Orang-orang perempuan memang sukalah pergi tempat-tempat yang macam ni. Saya sekadar tengok-tengok, jalan-jalan dan menghalakan lens ke tempat yang dirasakan menarik. Ada juga satu dua barang yang saya beli., sekadar buat cenderamata balik Johor. Terasa tak beberapa pandai nak membeli di sini, sebab saya lebih selesa membeli belah kat Rantau Panjang, jika balik kampung. Nak bandingkan dengan Rantau Panjang di Kelantan, rasanya Rantau Panjang lebih besar dan banyak pilihan. Puas nak berjalan.........

Bertolak balik ke Johor, lewat petangnya dan sepanjang perjalanan balik Johor............... masing-masing lena diulit intan.

43 komen:

nak balik kedah!!!!huhuhuuu

jauhnyaaaa...jauh perjalanan luas pemandangan.. :)

saya pernah sampai ke situ sewaktu belajar dulu. ada volleyball match dekat poli arau. kalau bab jalan2 jauh ni time kite belajar la best. banyak tempat g. dah keje ni nak pikir pasal cuti pun x nyempat. bz manjang jeh

teringat beli jersi Arsenal kat sini dulu..

Padang Besar tempat isteri menyeksa suami..(makcik say cakap cmnie_..hehehe

salam..
padang besaq..
lama dah tak sena
pendang kedah
ramai saudara mara
saya di sana..

saya puin akakn ke kedah gak hujung tahun ni sbb akan menerima menantu org kedah..tak sabar nak ke sana.
camna yer adat org kat sana..risau gak, mana tau masuk kandang lembu mengiau lakkk..miaw miaw..

mmg cun itu gambo tokkkk..tiptop :)

sedap sungguh make tuuu...

terliur kawe hehehee

Aqmar:
Ada amsa dan peluang.. jangan tunggu lagi.

sis-lin:
................tapi penat. Sampai johor esoknya sambung rewang seharian di rumah jiran.

Julya:
Saya sdiri pun itu first time pergi.. tp kira senanglah sbb naik baik, kalau bawa kereta sendiri, lenguh jugak kaki.

izyani azahari:

erk... sy tak shoping, yang shoping giler..kaum hawa je.. :)

Cikgu Idris:
Harga kat Rantau Panjang ada murah sikit... sbb tu sy malas nak berbelanja kat situ tu.

sophie:
hehe... betul tu, ada satu lagi suami2 ramai jadi khadam...... angkat barang. :)

zulko:
W'salam.. jd org kedah la ni. Ramai jugak kwn2 sy kat pendang tu.

hani@debumelukut:
Adat2 rasanya mcm biasa je.. masa kat sana tak nampak yg pelik2. lebih kuarng cara org kelantan aje rasanya.

fazrine:
huhu..guna gadget yg baru la bro. :)

NaqeebLukhman:
Hehe.. cuma sentuh sikit2 je,hehe..... tapi tak leh lawan gulai kawah.

salam Tok


kawe tok pernoh lagi lar sapa Padae' Besar nie.

Kalu kelik Klatae pun jarae jarae buleh gie Rata Panjae tu. Sebabnyo , kawe kelik taim rayo , taim cuti sekoloh. Maso tu gak, orghe pusu pusu gie situ. Doh lah jalae jem , parking pun susoh nok buleh.

cenderahati mmg ptt dibeli. hahaha!

Salam Tok,

Rindunya kat Bazar Pdg Besar tuh.
Kampung saya di Perlis, tapi jarang pegi Pdg Besar tue. Kebanyakkannya Pelancong luar je yang ke sana. Barang2 pun dah semakin mahal di sana compare kan dengan tempat lain lebih kurang sama je mahalnye. Anyways, jauh perjalanan luas permandangan. Jemputla dtg jalan2 ke Perlis lagi selepas ni mana tahu saya boleh belanja tok sekeluarga makan seafood dan ikan bakar sampai lebam nanti!~~

hampir 12 jam kan duduk dlm bas!! naik kematu b**tot.

**cadang nak ke Yan, Kedah jgk bln Jun nnt, tp entah jd ke tidak..huhuh!!

pB:
Ambo pong tu kali pertam agi siti, tapi nengok bare2 leboh kure ranta panje jah. Tp ranta paje tempat kita beso..jadi senang nak beli kiro.

ch@:
Betul tu... susah2 pun cenderamata kena beli jugak. kalau tak ada yg kecewa nanti... :)

HAFIZA:
W'salam....

Hehe.. nape tak khabor? kalau tak ari tu dah boleh makan ikan bakar.

padang besar ke tu??
wahhhhhhhh..sonokny shopping.haishhh

sambil menyelam minum air yer..
best pe window shopping nih..hihi

sronok nyer huhuu.. bila le sy nk sampai..

sugar2 kapas strawberry:
Yup... itu pdg besar tp yg seronok shopping ni org perempuan.Yg lelaki jd tukang bawa barang saja. :)

Sricahaya:
Tu kira lebih dari minum air... :), dah alang2 dekat ke sana, ambil peluang ajelah.

maiyah:
Macam seronok jugak... tp penat juga rasanya.

pdg besar, bukit kayu itam, rantau panjang n peng kubur kan adik beradik.hehehe

rumah kuning:
Rasanya gi Rantau Panjang lagi best la.

adat orang kedah besa ja cm negeri2 len..
xda bezanya..sbb saya pon org kedah =)

salam tok nabe..aduhai jauhnya berjalan..dari hujung ke hujung..tentu penat kan..

Rantau Panjang best ker? tak kot sbb masa gi tahun lepas mcm dah tak best ajer.

Bwk d90 ler ni? hehe..

psst; kalo tempat2 shopping camni...mana2 pun best kalo ada duit, hehe.

Saya dah jemu g pdg besar..RaNtau PAnjang lg besttt

Aqmar:
Sy tengok pun sama saja, tak ada beza2.

kak ina kl:
Memang jauh..tp sbb naik bas tak terasa sangat. Kalau nak banding PB dgn RP..lg luas dan byk pilihan di RP.

Alona:
Hehe..mestilah bawa, yang best bershopping ni org pempuan....yg lelaki ramai yg sy tengok jd tukang angkat barang aje. :)

zilla:
Sy pun suka pi rantau panjang... rasa lebih seronok.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More