03 April 2010

Terpaksa Berganti

Hari ini memang berhajat untuk ke PC Fair di Batu Pahat Mall kerana ada barang yang perlu dibeli. Bercadang untuk menggantikan printer yang dah kong baru-baru ini. Dah nasib agaknya kedua-dua printer warna yang digunakan rosak serentak (i865 & ip4700), yang tinggal hanya printer laser mono. Canon i865 dah berganti sejurus ia rosak dan yang lagi satu cadangnya nak cari masa PC Fair inilah. Printer warna ini biasanya saya gunakan khas untuk mencetak gambar dan juga untuk kegunaan printable CD. Setakat dokumen saya hanya gunakan printer laser mono.

Alhamdulillah, terjumpa juga printer yang saya kehendaki di PC Fair ini, Canon Pixma ip4760. Harganya boleh dikatakan rendah sedikit berbanding dengan harga pasaran semasa. Membeli masa PC Fair ni, di samping harganya yang rendah sedikit ada ler juga satu dua free gift.


Terjumpa jugak set dekstop (keyboard & mouse) wireless dengan harga yang agak rendah, fikir-fikir baik beli sekali takut-takut lain kali tak ada lagi harga serendah ini. Boleh ler juga digunakan untuk mengantikan set lama yang berwayar.

Sudah agak lapang sedikit minggu ni, boleh ler menjenguk laman rakan-rakan nanti. Nanti sediakanlah kopi secawan.. :)

10 komen:

toknabe berapa harga wireless keyboard ngn mouse tu

keybod ada wireless ek? hehhe x tau plak... btw tok punya umah dekat eh ngan batu pahat???

keyboard sy pun baru tukar tak sampai 2 minggu..... dah nazak sgt dah.

Wanie:
Sy byr hanya RM69 utk set itu. Kira murah ler tu kan.

AKO:
hehe... ada, banyak jenis pulak tu dari harga berpuluh hingga beratus pun ada.

kujie:
Biasalah diguna, kalau nak tahan lama...beli tapi jangan guna. :)

kalo rusak je slalu mmg elok le beli yg baru.. senang keje

skrg semua nk wireless kan?
senang idup...

jemput la dtg umah, kopi dah sedia dah...
hehehe

maiyah:
hehe..kekadang tak rosak pun nak tukar... :)

chekgu banihassim:
Okey sy datang... erk kopi tongkat ali ke?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More