20 April 2010

Kompaun JPJ Naik ?

Sumber : Kosmo Online.




KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

TokNabe:

Kalau naik, atas sebab apakah kompaun perlu dinaikkan? Saya membaca pulak di sini mengenai saman.

18 komen:

salam tok nabe..
ada kena mengena dengan kenaikan gaji polis baru-baru ni tak..atau geng2 JPJ tak naik gaji..hehe..mandai2 je aku...

nak cover gaji naik ke
kakakakka

hampehhh

nak bayar kereta tu tok...mahal tue...

gomen biar kaya...rakyat kedana xpe...

ha'a tok...kompaun naik, amek positif-bg sedar pada pemandu tak buat kesalahan lalulintas yg boleh sshkan org lain ;)

sume benda nak naik..ish..ssh betol la..kate nk senangkan rakyat..haiya..ops..tapi sy pro-gov k..hehe..:)

aRoL:
Haha..mcm nak cari duit lebih je ni kan..

Wanie:
Kena sekali saman dah cukup....

~0~:
hehe ye ke? kalau gitu dasat ler. Belanja mewah... nak biayai kumpul saman banyak2. hehe andaian je.

ch@:
Kalau nak naik pun patut2 ler.. kekadang orang buat salah bukan sengaja.

maiyah:
Kira untung ler maiyah.. :)

Nazatul shima:

Ada satu je yg sentiasa turun... HUJAN.

hehehe...tah la skrg ni, rasanya smua org dah jadik mata duitan :D

ch@:
kalau kena sama jpj tiga kali sebulan... kira jatuh muflis ni.

eee naik sungguh2 tu..bt roadtax je dh rabak poket..klu byr saman lagi..mau berlobang terus poket..huhuhu

tok,roadtax tok mahal x? lin kena thn ke-2 ni dkt rm2350 tok..huhuhu

sis-lin:
Kalau kena 4,5 kali saman..boleh pokai jawabnya.

insuran sy tu tak beberapa mahal sbb NCB dah 55%. Rasanya dlm RM1600 kot termasuk roadtax.

atas sbb apa ye kompaun nak dinaikkan??

Alona:
Dah di tarik balik. Mcm biasa.. belum sempat bentang dah tarik balik. Buat sesuatu tanpa fikir dl baik dan buruk.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More