KUALA LUMPUR: Sindiket antarabangsa yang didalangi warga Afrika di negara ini dipercayai mengamalkan sihir pukau kuno, voodoo untuk memperdayakan wanita tempatan bagi pelbagai tujuan jenayah, termasuk sebagai penyeludup dadah.
Difahamkan, kegiatan itu mula berleluasa sejak setahun lalu, dengan mangsa turut menjadi habuan seks anggota sindiket sebelum dilacurkan, selain diperalatkan untuk kegiatan pemalsuan wang dan kad kredit hingga ke luar negara. Sumber memberitahu Berita Harian, mangsa biasanya tidak sedar mereka dipukau dengan pemikiran dan kelakuan mereka dikawal anggota sindiket seperti beberapa kes penahanan wanita tempatan kerana menyeludup dadah di luar negara sebelum ini. “Dalam keterangan diberikan mereka, kebanyakannya mendakwa tidak sedar membawa dadah. Ada yang mengaku cuma mengikut arahan konco sindiket membawa bungkusan tertentu tanpa memeriksa isi kandungannya.

“Ini mustahil berlaku jika mangsa tidak dipukau. Kesan voodoo memang dahsyat kerana menjadikan mangsanya tidak ubah seperti mayat hidup (zombie), yang sekadar mengikut arahan pengamal sihir itu,” katanya. Secara tradisinya, voodoo adalah sebahagian daripada upacara ritual di Afrika Barat sebelum amalan itu berkembang ke seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS) berikutan aktiviti perhambaan oleh penjajah kolonial.
Ia dikatakan kepercayaan animisme bagi kaum Fon, Ewe dan Yoruba di benua itu, yang biasanya dimulakan dengan bacaan mantera menyeru semangat roh nenek moyang mereka sebelum menggunakan patung jerami untuk mengenakan mangsa. “Mangsa memang sukar dipulihkan, tetapi ada dakwaan kesannya berkurangan apabila menyeberangi laut. Bagaimanapun, kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana tiada bukti boleh menyokong dakwaan itu,” katanya. Sumber yang teman wanitanya turut menjadi mangsa sindiket, berkata kegiatan itu mungkin baru di Malaysia, tetapi cukup berleluasa di luar negara untuk tujuan jenayah.
“Ia tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dalam zaman moden hari ini. Bagaimanapun, AFP pada 5 Disember lalu melaporkan dua warga Nigeria dipenjarakan di Hague, Belanda kerana menggunakan voodoo untuk memukau 140 gadis sebelum dilacurkan di Eropah. “Ini mungkin teknik jenayah baru yang mampu mendatangkan implikasi besar jika tidak dikawal. Daripada zombie kemudian menjadi robot manusia. Bayangkan jika rahsia itu diketahui pengganas,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan menerima banyak laporan kes jenayah membabitkan warga Afrika, termasuk kes pukau berkenaan. Bagaimanapun, katanya, siasatan sukar dilakukan kerana di antara mangsa pukau terbabit, yang kebanyakannya wanita, enggan bekerjasama dan tidak mengingati kejadian serta mengecam suspek.
“Polis sudah mengenalpasti beberapa lokasi yang menjadi tumpuan warga Afrika ini dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa di kawasan itu,” katanya
Sumber
Notakaki : Beringatlah wahai rakyat Malaysia terutama wanita.
10 komen:
jgn pandang ringan kes camni.. kekadang kita rasa kita x mungkin akan kene
dah dtg sini wat hal le plak
erkkkk taakott nyaaa... adehhh
maiyah:
Ramai sangat warga asing kat negara kita ni. Yang datang pulak macam-macam motif.
AKO:
Tau takut..hehe kena beringatlah sokmo. :)
kalu buleh ko ore melayu ilmu voodoo tu lagi lah....
dah ler dorang kulit hitam ilmu hitam... hitam masa depan lagu tuh.....
NaqeebLukhman:
Kalau boleh ke ore melayu ilmu voodoo ni...teruk rasanya. Lebih teruk dari diorang kulit ite tu.
buy valium valium diazepam para que sirve - valium 5mg long
buy tramadol overnight delivery buy tramadol no rx - order tramadol overnight
where to buy misoprostol and mifepristone - buy cytotec pills - cytotec 400 mg
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

Post a Comment