25 March 2010

Sapa Mau Kereta Baru?


Sapa mau kereta baru? kereta Mercedes-Benz pulak tu. Bukan saya yang nak kasi tapi kalau nak belilah, harganya bukanlah mahal sangat ala...dalam RM 2 juta aje. Perh... harganya. Biasalah kot barang baik, harganya mesti tinggi.


KUALA LUMPUR - Bercadang untuk memiliki kereta mewah yang berharga lebih RM2 juta? Jika ya, anda boleh merealisasikan impian tersebut dengan mengunjungi salah sebuah pusat pameran Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes-Benz Malaysia) awal bulan depan. Model kereta sport terbarunya, SLS AMG yang memiliki pintu Gullwing itu ditawarkan pada harga RM1,999,999 tanpa insurans.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini bersempena media previu model terbaru itu, model berkenaan berenjin V8 AMG 3.6 liter dengan transmisi Speedshift DCT tujuh kelajuan yang mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dengan hanya 3.8 saat dan kelajuan maksimum 317 km/j.
Kereta berkenaan merupakan model pertama keluaran Mercedes-Benz yang dibangunkan menggunakan logam aluminium pada bahagian casis dan bahagian badan kenderaan berbanding penggunaan reka bentuk keluli.

Amacam......... ada berani? :)

14 komen:

~0~:
Haha.. 2 juta. Kumpul gaji bertahun2 dgn tak makan pun tak dapat den nak ngumpul.. hahaha.

sy pun bercadang nak jual Serena ni, anak2 dah besar - dah ada lesen bawa kereta sendiri... membazir pula guna kereta besar - nak yg comel2 utk berdua je.... tapi tak mampulah yg tuuuu...dalam mimpi pun agaknya tak dpt.. :p

fuiyooo...gila canggih ini kreta, gila mahal dia nyer harga. bila nak dpt beli neh...

duit monopoli ada le berjuta juta ngee

SALAM


boleh emailkan email add demo ke email pB

aidarahm@tm.com.my


buat masa ni kawe privatekan blog kawe ...
tu hok nok invite tu

Kujie:
Kereta tu utk org yang terlalu banyak duit. Sampaikan dah tak tau nak buat apa dgn duit tu.

Bagi mana yang ada duit sikit2 ni...pakailah mana yang ada.

Anonymous :
Yup... mahal giler.

ch@:
Nak bermimpi beli kereta ni pun segan ........ :)

maiyah:
Duit rupiah cukup kot dua juta ni... :)

pB:
Sy dah send email ambo tu.
Apa2 pun buatlah mana yg patut.

boleh jer belik...

lepas tu buat kete tu jd rumah lor...sbb rumah, tanah, semua dah kena jual.....

J@J@:
hehe..... org jual murah2 je tu :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More