14 March 2010

Orang Rompak Kereta


Tengok tajuk memang gempak. Takkan kereta nak rompak orang pulak. banyak kejadian buruk dan jahat sebenarnya berlaku kerana manusia. Yang baik itu manusia dan yang jahat itupun manusia. Bab rompak ni kekadang juga berakhir dengan kes bunuh. itu yang kita tak nak, tak mahu dan cuba elakkan. Banyak cara orang jahat sekarang cuna untuk merompak atau mencuri kereta. mungkin ramai orang dah tau tapi apa salahnya kalau saya menulis sekali lagi. Sebenarnya sendi-sendi saya masih lagi sakit dan hidung juga masih bersumbat. MUngkin perlu sehari dua lagi untuk pulih. Moga-moga jangan ler kena demam chikungunya sebab salah satu tandanya adalah sakit sendi-sendi.

KERTAS DI CERMIN BELAKANG.

Ada sesetengah kes, berlaku akibat cuba membuang kertas di cermin belakang. Kisahnya begini, Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start enjin kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Kemungkinan kita akan dilanggar semasa mereka melarikan kereta anda.Mungkin juga semua barang berharga seperti beg tangan, telefon dan sebagainya berada dalam kereta yang dilarikan tu. Fuhh... minta dijauhkan.


 GUNA TELUR 

Ada juga kes perompak menggunakan telur ayam. Biasanya kes ini berlaku dijalan raya ketika kereta tengah berjalan. Modus operandinya senang. Perompak akan membaling telur ayam ke cermin hadapan kereta. Telur ini akan mengaburi cermin hadapan lebih-lebih lagi jika kita guna viper konon-konon untuk membersihkan telur pecah tadi. Bila pandangan tak nampak, kita pasti akan berhenti. Ketika inilah perompak yang mengekori kira dari belakan akan mengambil kesempatan. Kemungkinan nyawa kita juga akan terancam. Cara paling selamat jika kena macam ini ialah dengan terus memandu dan mencari tempat selamat (ramai orang) untuk berhenti dan jangan gunakan viper untuk mengelap telur pecah tadi.

LANGGAR BELAKANG
Taktik ini yang selalu penjenayah pakai adalah melanggar belakang kereta yang menjadi mangsa. Mereka akan sengaja melanggar belakang kereta kita agar kita berhenti untuk melihat kadar kerosakan atau konon-kononnya untuk berunding dengan pelanggar kita. Ketika itulah penjenayah berkemungkinan bersenjata akan mengugut dann seterusnya melarikan kereta kita.Bayangkan ketika kereta kita dilarikan, anak kita berada di belakang kereta tadi.

Yang ini pula tips yang saya dapat dari satu ruang forum.

PEMANDU WANITA: Pastikan anda selamat
Pada masa kini, terdapat lebih ramai pemandu wanita jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan pemandu wanita sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat. Di sini terdapat lapan langkah mudah yang boleh diikuti:-

1) Sebaik sahaja keluar atau masuk ke dalam kereta, sentiasalah pastikan kereta anda dikunci. Walaupun anda sedang menunggu rakan di kawasan yang anda rasakan selamat, adalah lebih baik mencegah daripada menyesal dikemudian hari.

2) Jangan sesekali tumpangkan orang yang tidak dkenali, walau apa alasan sekalipun. Jangan turunkan tingkap untuk menjawab pertanyaan daripada orang yang tidak dikenali, ia mungkin perangkap untuk mereka masuk terus ke dalam kereta anda. Jika anda perlu untuk berkomunikasi, cuba tuliskan ia di atas sekeping kertas dan pamerkan pada cermin tingkap anda. Ikutlah kata hati, jika anda rasa tidak selesa dengan apa yang berlaku, adalah lebih baik berlalu sahaja.

3) Simpanlah barangan berharga seperti beg tangan, komputer riba dan dompet anda di tempat yang selamat. Banyak kejadian curi berlaku pada waktu siang di mana pencuri menggunakan taktik membaling batu ke tingkap kereta untuk mendapatkan beg yang diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Jadi, simpankan semua barang-barang berharga anda di tempat yang selamat dan tersembunyi.
 

4) Sentiasa pastikan anda mempunyai minyak yang mencukupi. Anda mungkin tidak tahu keperluan mendadak yang bakal anda lalui. Jangan biarkan sehingga minyak anda hampir habis, mana tahu anda mungkin kehabisan minyak tatkala kesesatan di tempat yang anda tidak pasti di mana.

5) Anda tidak tahu bila anda memerlukannya. Jadi simpankan nombor-nombor telefon penting seperti Polis, MAA, yang tersayang, pusat servis, pengedar kereta dan lain-lain. Jangan lupa juga untuk menyimpan lampu suluh di poket hadapan kereta anda.

6) Ikut kata hati anda, jika anda rasa diekori, cuba nyalakan lampu, bunyikan hon, dan jangan takut untuk meminta bantuan. Tujulah ke pusat membeli-belah yang sesak dengan orang ramai ataupun ke balai polis di mana terdapat ramai saksi. Jangan panik dan pastikan diri anda sentiasa dalam keadaan tenang dan fokus.
 
7) Sebagai pemandu wanita, adalah penting untuk memastikan di mana anda meletakkan kereta, terutama jika anda hanya akan kembali ke kereta pada waktu malam. Ini adalah kerana keadaan tempat meletak kenderaan akan berubah selepas waktu pejabat. Apabila kembali ke kereta, ingatlah untuk sentiasa memegang kunci kereta. Juga letaklah kereta anda di tempat yang ramai orang. Jangan duduk di dalam kereta terlalu lama setelah masuk semula ke kereta. Terus pandu keluar daripada tempat tersebut.

8) Sentiasa berhati-hati dengan keadaan di sekeliling anda. Jika boleh cuba dapatkan tempat letak kereta di tempat yang terbuka dengan pencahayaan yang terang. Jika berada di tempat yang anda tidak biasa, pastikan anda beritahu orang yang tersayang atau sesiapa yang rapat dengan anda lokasi anda pada ketika itu.

Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akanjadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku padakita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan

4 komen:

Salam



pB nok ata email lar ko tok ..

mitok alamat email , buleh kor???

tp sian gak kat mereka yg betul2 memerlukan pertolongan kan??

mcm ayah sy penah ler lalu kat jalan raub tu..tiba2 nampak ada orang merangkak kat tepi cerun bukit tgh2 mlm. Nak berenti tolong kot2 dia terjatuh motor..tp risau gak org tu purak2 aje..tp kot betul2?? Ish..susah betul. Sebab kita ni ada dasar simpati..tp kita risau gak org nak menganiaya ngan cara tu. Ntah laa..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More