21 March 2010

Ketawa Demi Kesihatan, Terlebih Ketawa?




Apa-apa hal tengok video di atas dulu. Ketawa memang penawar duka. Dengan ketawa boleh menghilangkan duka dan lupa segala kesedihan. Ketawa demi kesihatan. Kata orang, gelak ketawa itu adalah penawar yang paling mujarab. Gelak ketawa itu juga adalah cara yang baik untuk mendorong diri anda berasa bahagia. Gelak ketawa adalah baik untuk kesihatan kerana gelak ketawa itu mengurangkan tekanan mental dan menggerakkan kesemua organ dalaman anda. Penggunaan gelak ketawa untuk menyembuhkan tercatat sejak zaman Greece kuno lagi. Pada 1991, Klinik Ketawa pertama ditubuhkan di Britan. Jika kita merentas dunia, puak di Afrika dan di hutan khatulistiwa di Amerika Selatan menggunakan gelak ketawa sebagai alat untuk menyembuhkan.

Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa gelak ketawa mencetuskan pengeluaran dua bahan kimia neuropeptida yang dinamakan endorfin dan enkefalin. Kedua-dua bahan kimia itu dikenali sebagai ubat penghilang kesakitan semula jadi badan. Gelak ketawa juga boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin dan bukan-adrenalin, dipercayai mempercepatkan proses penyembuhan.

Jadi bagaimana boleh menimbulkan gelak ketawa dalam diri anda? Gelak ketawa lazimnya satu tindakan refleks kepada sesuatu yang menggelikan kita secara fizikal atau mental. Dapatkah tindak balas itu dicetuskan secara sengaja? Jawapannya, ‘boleh’. Untuk menimbulkan keadaan fikiran yang sesuai untuk bergelak ketawa, cuba baca sebuah komik atau buku yang lucu, menonton suatu komedi atau hanya memerhatikan telatah haiwan kesayangan anda. Haiwan kesayangan tidak pernah gagal menghiburkan hati, daripada anak haiwan yang mengejar ekornya sehinggalah argus yang tidak pernah penat berlari dalam rodanya. Dengan keluar bersama kawan untuk berseronok anda dapat menggandakan terapi itu. Anda bukan saja akan mendapat penawar gelak ketawa yang disyorkan malah anda juga berpeluang bergembira dengan orang yang anda suka. Sebagaimana yang didapati oleh kajian Finland itu, anda akan lebih sihat daripada interaksi sosial berkenaan.

Apa yang penting untuk diingati ialah supaya tidak bersikap terlalu serius mengenai diri anda, setidak-tidaknya janganlah terlalu kerap. Apabila anda bersikap demikian, anda berkecenderungan berasa tegang, menjadi cepat marah dan menjauhkan orang. Jadi terimalah nasihat supaya jangan terlalu serius, bergelak ketawa selalu dan belajar untuk mengetawakan diri sendiri supaya dapat mengecapi hidup yang lebih sihat.



Dalam kata-kata permuisi yang paling berbakat Ralp Waldo Emerson:
 Untuk ketawa tanpa was-was kerap kali:
Untuk menghargai kecantikan:
Untuk menemui ibu-ibu yang terbaik:
Untuk meninggalkan dunia dalam keadaan yang lebih baik…
Untuk mengetahui yang hidup saya menjadi lebih bahagia kerana anda hidup: Itulah makna kejayaan.

8 komen:

makk oiih gelakk:P dah macam nak nangis pulak tengok dia gelak:p

ketawa adalah terapi yg sgt mudah.
tp..kot ye pun..jgn ler ketawa mulut bukak besar2 luas2...kuat2..ish!!
kalo ada yg bukak meja besar kat kedai mamak..pastu gelak2 kuat, bising2 cenggitu..hmm...

sy mmg suka ketawa.. sy suka tgk cite2 komedi supaya sy akan ketawa

Wanie:
Ada tengok clip tak? kalau tengok memang ketawa sakan.

Alona:
Rugilah bagi orang yang sukar ketawa. :)

maiyah:
Orang suka ketawa ni ramai kawan, betul ke?

~0~:
satu terapi yang bagus, senang dan tak keluar modal. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More