02 February 2010

Sudah Semakin Banyak

Sekali tengok macam ulat atau jentik-jentik yang bergerak-gerak. Walaupun bukan banyak sangat tapi jumlahnya mungkin dalam 40 hingga 50 ekor. Itupun sudah banyak yang telah mati kerana tersedut dalam sistem penapisan akuarium.

Itulah anak-anak udang kara yang baru menetas setelah hampir 3 bulan berada di bawah badan ibunya.

Memandangkan water filter akuarium menjadi masalah kepada anak-anak udang ni maka saya terpaksa mematikan dulu filter ini. Ikan-ikan yang tinggal bersama udang ini juga telah saya asingkan ke akuarium lain. Kalau bersama rasanya anak-anak udang ini akan menjadi santapan yang enak buat ikan-ikan tu.

Andainya kesemua anak udang ni akan hidup dan membesar seperi ibunya ini, rasanya akuarium 4x2 kaki ini tidak lagi sesuai untuk mereka. Emmm.........satu alternatif lain perlu difikirkan kemudian.

10 komen:

nanti, kalau dah banyak sangat, akuarium CM masih kosong!!

buleh eksport udang lah pulok....


masyuk tuuuuuuu...........

wah diam tak diam.. jadi tokey udang kara bro kita ni. he he.. leh bawak sauk ke sana nanti.. ha ha..

bz ker bro.. he he

wahhhhhhhh



layout baruuuuuuu


suka suka suka

bersih jer napokkkk

uiii...serasi ler tok bela udang ni..
leh ler wat kolam udang lak lepas ni..

cikgu math:

huhu....dah tak sempat dah, banyak juga yg mati bila water filter tu mati....

NaqeebLukhman:
Eksport tak laku rasanya. Dagingnya liat sikit berbanding udang galah..

Kasawari:
Alang-alang bawa sauk..yuk pi tasik macap.

Sibuk tu ada cuma sikit-sikit aje. :)

pB:
Huhu.....yang pB nampak tu dah 3 kali bertukar.Ini yg baru ni.

Alona:

Hehe..kurang serasi jugak...sbb ada yg mati ni.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More