17 February 2010

Dual Display


Antara satu dan dua, yang mana lebih baik. Setengah orang katanya baik satu, ada orang kata baik dua. Hehe...... dalam menggunakan monitor ni bagi saya, lebih baik dua kerana senang untuk membuat dua kerja dalam satu komputer.

Menggunakan dual display seakan-akan kita menggunakan dua buah komputer kerana kedua monitor boleh memaparkan dua buah program yang berlainan. Cuma kalau hendak menggunakan multi program yang agak berat dalam satu masa seelok-eloknya menngunakan komputer yang berkuasa dari segi processor dan juga ram. Saya menggunakan komputer dengan processor Intel Core2Quad Q9400 dan RAM 8GB. Jadi dalam satu-satu masa jika kita menggunakan Ulead Video Studio untuk memproses video dan Photoshop untuk memproses imej, komputer tidaklah berjalan merangkak-rangkak dan semput. Untuk paparan, main display monitor 23" dan second display monitor 19", okeylah untuk buat kerja dengan selesa.

Untuk setup dan keperluan hardware bolehlah rujuk kepada pakcik google dan yahoo. InsyaAllah diorang boleh menolong. Laptop pun kita boleh buat dual display.

Jom berkerja dalam dual display.

16 komen:

perghhh.... sgt seswai bg mereka yg ade 2 mata, hehehe...

sy ni pndai guna jek.. apa nama alat pun x tau ngeeee

bende ni kdg2 org ckp, extended monitor...
laagiiii....luas...

janji duit ada......... 10 monitor pun buleh hehehee...



best buat main games... tu nak pinjam ler.... huhuhuh

wah.. kalau kereta ada dua cermin sisi.. bro pun ada dua display.. tambah lagi satu bro.. lengkap tiga.. cermin pandang belakang. hehe

pB:
Guna setakat boleh guna.. :)

~0~ :
Ambo nak tambah satu lagi..

Teja:
Tak cukup 2 mata teja..hehe

maiyah:

Kalau kita pakai cctv, eloklah kita guna extended monitor ni, jadi paparan cctv dan paparan lain tak bertindan.

chekgu BaniHassim:

Memang betul tu.... sesuai untuk memperluaskan kawasan kerja.. :)

NageebLukhman:
Saya berhajat juga utk guna paling kurang 3 monitor. Banyak yang nak di paparkan...dlm satu2 masa.

Kasawari:

Bereh..ambo buat nanti. :)

Ada sorang novelis terkenal yg dh terbitkan novel ngan syarikatnya sendiri tu...haa...dia leh wat keje ngan 4 display..4 novel sekali jalan..
Tu sbb...dlm setahun dia leh kuarkan byk novel dia..

Alona:
Hehe..walaupun 2 display atau 4 display..tangan hanya dua aje... :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More