30 January 2010

Boleh Update Blog Hari Ni Nampaknya..


Semalam berpeluang ke pasar tani, kena pergi awal sikit sebab nak beli tulang. Nak buat sup.Kalau pergi lewat, memang tak sempat ler nak beli tulang lembu kat Wak Sanggidi. Jualannya lumayan sekali...kalau lewat memang habis.

Terjumpala seorang kawan:

Dia : Nampak tak orang yang bersongkok putih depan tu?
Saya : Nampak.
Dia : Kenal tak?
Saya : Kenal. Kenapa?
Dia: Oklah..aku gi dulu, malas nak terserempak dengan dia. Walaupun bukan lagi boss aku tapi aku malas nak negur.

Orang bersongkok putih. Seorang ketua di salah sebuah organisasi. Mungkin ketegasan yang keterlaluan menyebabkan kakitangan bawahan kurang senang dengan beliau.

Moral : Berpada-pada dan bertimbangrasalah dengan kakitangan dan orang bawahan. Jika mencapai kejayaan, kejayaan itu lebih manis jika dicapai dengan hati yang senang.

Nota kaki : Tulang tu dah jadi sup dan telah dinikmati.

8 komen:

sup ayam x de eh? heheheh

wah masak sendiir kah? bila la ek bole terjah umah tok plak huhu :p

AKO:

Sup ayam tak tak ada umph...

Nanti klu mai johor, masukkan sekali singgah rumah saya ni dalam agenda..:)

hmm..dh memunculkan diri ye tok??

Muncul ngan sup pulak tu, ngee..

ader dengar cerita pasal songkok yang dililit kain putih

tapi takut nok tanyo ....

Alona:

Sebolehnya sentiasa nak memunculkan diri tapi apakan daya...............

pB:
Saya sempat juga memakai songkok hitam berlilit kain putih barang seminggu. Berkabung atas kemangkatan Al-Sultan Johor.

bersongkok putih tu kiranya kopiah kan bro.. jarang nampak songkok warna putih..

sampai begitu sekali si dia melarikan diri..

Kasawari:
Yup.. kopiah tu.

Hehe... malas nak melayan ler tu.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More