13 November 2009

Mendung Bulan November

Hari ini sekali lagi mendung datang menyapa bumi sejak dari pagi lagi bersama dengan titisan gerimis. Sudah beberapa hari suasana ini amat menyenangkan bagi sesetengah orang kerana paling tidak ia dapat menyejukkan suasana tapi ada juga mereka yang bersedih jika keadaan ini berterusan. Para penoreh getah - rezeki mereka mungkin tersekat kerana mereka tak mungkin turun menoreh dengan keadaan ini. Berbeza pula dengan petani yang menunggu hujan untuk membajak dan menanam padi. Begitulah... semuanya ada baik dan buruknya tapi hujan itu adalah rahmat yang diturunkan olehNya. Mungkin suasana ini akan berterusan hingga penghabisan Disember kelak.

Puas saya mencari dan mengodak template yang agak sesuai dihati untuk menggantikan template yang lama tu. Sudah mencuba dua tiga template tapi ada saja kekurangan sesuatu template tu. Akhirnya saya cuba guna template yang kelabu asap ini, agak simple sikit. Nak tambah dan buang widget pun yang ni paling senang. Try tengoklah berapa lama template ni boleh bertahan......

16 komen:

warna ni pun ok gak.. lmbut apa

cntik..suci bersih..awan biru ni..heheheh

Wah dah tukar template..yang ni pun cantik juga...simple

memang susah nak cari templete nie..tp yang nie pun da ok tok

**template....bila dah tgk byk2 rasa rambang mata, but yg penting...senang dan tersusun widget nye...

mmm,
saya ade sorg kwn...bln lepas, time panas terik...dia bising "lama tak ujan...abes pokok aku mati..nak jirus tak sempat..Panas pulak tu skrg nih!"

skrg bila time ujan "ujannn je..kemarin tanam anak lada..kena air byk sangat, dah mati dah pokok aku..ishh!"

Saya geram dgn org yg bercakap mcm nih! mcm memarahi Penciptanya

maiyah:
TQ.... tak apa lama2 sikit bila dah jemu, tukar lagi. banyak yg free kat internet. :)

sislin:
bersih aje... kalau comot pun tak nampak.. hehe.

Tirana:
Betul tu simple sangat... kat html code pun tak yah ubah banyak2.

~0~:
Banyak pilihan, tp bab nak mengeditnya yg leceh. Klu boleh jumpa yg cuma install aje dan tak yah ubah apa2 lagi.

Tp tak ada ler... :)

J@J@:
Beruntung mana yg terer dlm bab programing ni.Kita yg tak tau apa2 ni cuma boleh mencari dan menggunakan aje. Bersyukur juga ada juga orang yg nak kasi template ni free2.

... manusia ni kekadang tak pernah puas. Bila kemaru, nak hujan, bila hujan selalu nak panas pulak.

hari ni gerimis sepanjang pagi...

p/s - byk template yg cantik sampai kelabu mata tatau nak pilih :p

Kujie:
Template mmg banyak.. tiap2 hari ada aje org yang upload template utk sharing. Itulah memang rambang mata sampai tak tau nak guna yg mana satu..... cuma yg penting sesuau template tu biar sesuai dan senang nak edit.

Mana yg pakai wordpress memang banyak template yg lagi cantik.

hmmm Tok, sesuai sangat dengan musim hujan huhuhu...

lainkali kena bwa payung ler kalau nak masuk sini ngeeeee

NaqeebLukhman:
Dah tiba musim dia.... hujan turun terima sajalah dengan penuh kerelaan.

skrg ni memang musim hujan bro.. eh dah tukar template eh.. tak perasan plak la bro.. he he

Kasawari:
Sebelum yg ni sy dah tukar 7 kali ler bro dlm minggu ni... hehe.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More