16 November 2009

Kasih Suami Kepada Isteri


Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,

“Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Mat menjawab, “sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.”

“Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh……”

................... hanya salinan dari satu laman forum yg saya copy & paste saja. Hujan-hujan ni minda tepu sikit asik nak pejamkan mata aje. Best juga time hujan begini kalau perkena kopi panas dengan ubi kayu rebus cecah sambal tumis. Huhu...mana nak cari yek.

16 komen:

ingat ke nk tulis

moraf of the story > hujan2 ni dok office pun dok ingat bini..kehkeh

Baik sunggoh hati Tok Nabe..masih ingat pesan arwah isteri dia..:D

kehkehkeh...memang syg sungguh tue...hahhaha

huhuhuuuu,,

saspen jerk!

wooaaahh!
ubi rebus saya baru menikmati nya hr sabtu lepas..nnt balik kerja saya nak cari lagi ubi...yumm! yumm yummm!!

ekeke.. tnggu jgn tnggu sampai rumput tmbuh :D

nasib pesan lagu tu..

kalau pesan lagu ni " awak kalau nak kawin lagi tunggu nama saya kat batu nisan tu pudar dulu.. " abis nak buat camno tuu ?

heheh..kempunan sungguh!

Kujie :

The moral of the story is....... jangan siram 3 kali sehari kuburan tu...siram ler 5 kali sehari.. :)

Budak Kuning :
Kena ngat...kena ingat.

~0~:

Dengar cakap arwah isteri.. :)

kalau lain yang tumbuh camner...
tak kahwin dia nanti hahahhaaa


kalau ada ubi tu.... jgn lupa orh shah alam he he heh

J@J@:
Bukan senang nak jumpa ubi kayu rebus ni... klu sy kat kelantan makan dengan kelapa mudah diparut campur gula sikit. Sedap tu....

maiyah:
Klu dah mcm gambar diatas mcm mana nak tumbuh rumput..huhu.

echah_syed:
Klu mcm tu senang je... awal2 lagi jangan tulis nama kat nesan tu. :)

NaqeebLukhman:
Lain tumbuh hehe...cabut cepat2.

Teringat time musim hujan ni...jalan ke machang dari tanah merah lepas jambatan....ramai orang menjual ubi.

yg pergi tetap pergi
yg hidup kena teruskan kehidupan...

time ujan2 nie tak ah siram pun tak pa, air hujan cukup utk menyuburkan..

KuIna:
Hujan-hujan ni takut terlebih air...... langsung rumput tak nak tumbuh.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More