27 September 2009

15 Jam

Seminggu menutup blog tanpa sebarang entri, komen serta menziarah rakan-rakan blog kerana bercuti hari raya. Alhamdulillah hari ini saya mula membuka komputer yang nampak berhabuk disebabkan lama tak bersentuh. Keletihan dan juga mengantuk saya layan hari ini dengan berehat serba sedikit. Mata yang kuyu tak dapat dilelapkan kerana cuaca agak kepanasan hari ini.


Agak-agak apa yang dapat disiapkan dalam masa 15 jam. Mungkin banyak perkara yang boleh diselesaikan oleh sesetengah orang. Bagi saya semalam, itulah masa yang diperlukan untuk memandu dari Kelantan ke Johor melalui Terengganu. Orang ramai berpusu-pusu memandu untuk balik semula ke destinasi-destinasi tertentu tempat mereka mencari rezeki.

Kali ini, saya terperangkap dalam jem di dua tempat iaitu di Jerteh dan juga di Ajil, keduanya di Terengganu. Di situ saja memakan masa dua jam selain dari memandu sepanjang jalan dengan lebih kurang 60 - 80 km sejam sahaja.


Dah sampai ke rumah ni..... macam terasa malas pulak nak nak pergi berjalan. Dah terlalu puas berada dalam kereta. Mungkin tunggu sehari dua lagi untuk merehatkan badan sebelum pergi menziarah rumah rakan-rakan dan juga saudara mara kat sini.

32 komen:

hehehe..kalau jem nenas sedap di buat tart..ini jem yg paling saya tak suka nih..

selamat kembali tok, takpe rehat dulu nanti bersiber sakan lik :D

wah bro.. berderet2 tu kereta.. ermmm takper la.. kereta auto tak penat sangat...

Alhamdulillah dah sampai rumah.. nanti senang2 leh ziarah raya ek..

15 jammmmmmm !!!!!!!!!!!!!!

sakit belakae , sakit pinggae , serba serbi sakitttttt

Salam hari Raya Tok nabe,

mak datokkk...teruknya jem..15 jam perjalanan?? hehehe..
klu saya 15 jam tu dah byk rumah saya pegi..siap tido dan bangun beraya lagi...keh3..

sabo la ye TN..apepon dah selamat sampai ke destinasi kan ???

15jam?? waduh2 klu Sis-lin ni mau blk je terus gi berurut tu..masak2 kt uma je nk putus pggang,ni kan plk duduk brjam2 dlm kete..adeiiiii


nnti sggh uma yek...

15 tu..terbang dah sampai London... he he he

kalau tak de suasana mcm tu, tak de la rasa mcm raya, kan...hehehe

TokNabe...jem dah jadi perkara biasa di musim perayaan di terengganu dan kelantan sekarang. Sebab tulah saya malas nak balik. Raya sini (sarawak) lebih tenang.

tok..betul kata abg putra.sabah pun tak jem :)

sabah sgt damai.

Nama aje dok dlm keta..nampak mcm tak letih..tapi letih sebenarnya kan??

Hani@debumelukut:

Kalau jem lain selain dari yang ni.. ramai orang berebut.

maiyah:

Tengah berehat sikit ni tapi jenguk jugak blog rakan-rakan.

Kasawari:

Sepatutnya dua lorong tapi jadi 4 lorong. itu yg geramnya.. kalau ler saya bawa bulldozer.

InsyaAllah saya akan jenguk orang kulai dan belah sana.

pB:

sakit belako. Sakit pinge, sakit belake.. alhamdulillah ada ore picit. :D

J@J@:

Hehe... mcm jemu bawa kereta dah. Bergerak mcm siput.. kena pulak ada lori di depan. erk.. dgr kata lori/kenderaan berat ditegah menggunakan jln raya time raya ni tapi.....

sis-lin:

InsyaAllah saya ke rumah sis setelah sakit belakang ni reda.. hehe

Kujie:

Orang kata time raya ni.. kat KL nak baring kat tengah jln pun kira okey.

Time raya jalan yg jem kat kampung2......

Mungkin sekarang ni itu adalah salah satu suasana hari raya.. :D

Abg Putra :

Hehe.. kalau mcm tu raya tahun depan saya nak gi Sarawak ler...

echah_syed:

Okey... lepas gi Sarawak saya gi pulak ke sabah. Senang hati sikit.. damai.

CINTAMANISZ Lite:

Hehe.. lenguh kaki, sakit belakang, mata pedih,leher pun sakit. Hehe.. kalau dok belakang seronok jugak.. boleh ler pejam mata kejap2.

pehhh sure felt like a wreckkk ...

some rest needed ...

selamat pulang bercuti ...

15jam penat tue tok...kalo saya mau je mc...hehehe

tok memandu seorg ke? x bergilir2 dgn org umah.

apa2 pun dah selmat smpai dan dah mula kerja.

salam toknabe.. kawe kalu nk g klate tu mikir sokmo kalu rayo.. baru ni mujur dok jem.. kalu dok kne cari kedai lah beli roti..he..he..he.

slmt hari raya.. :)

RazifEmbi:

Memang terasa penat walaupun hanya duduk....

Dah boleh start berjalan raya ni.. :D

~0~:
Hehe mc.. hehe tak patut, tak patut setelah diberi cuti 10 hari. :D

zue:
sy memandu sorang aje. Kalau dok sebelah mcm tak percaya pulak org bawa kereta.. hehe

Syam:
Masa balik ari tu (raya kedua) jalan clear jah hingga ke besut. Sampai machang je terus jem... nak sampai rumah sepatutnya dlm sejam ..jadi sampai 3 jam.

barulah orang kata berhari raya di jalan raya ....

razifembi.. ye tu kalau benat beraya di jalan raya, singgah berehat di balai raya yang ada tanam pokok bunga raya. :D

x sanggup raye atah jalan raye...hehe

kg ambo jeteh tuu....jem sokmo kalu rayo gak, kaloh key ell..ecehhh

gina marna:

2, 3 ari belum raya dan time raya jangan la cuba nak masuk kota bahru dan bandar2 lain... langsung tak leh gerak.

Ramainya ore kelate hok dok luar kelik rayo.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More