29 July 2009

Pengajian Matematik 1993-96 MPKB

Nampak muda belia mereka di dalam gambar di atas tu. Itu sebenarnya gambar saya bersama dengan rakan perguruan di Maktab Perguruan Kota Bahru, Kelantan (ketika ini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kota Bahru) kelas Pengajian Matematik SR pada tahun 1995. Kelas kami ketika tahun pertama adalah seramai 35 orang tetapi disebabkan satu tragedi, kelas kami berkurang kepada 33 orang. Tragedi tersebut menyebabkan salah seorang rakan kami dari Segamat, Johor koma dan meninggal dunia kemudiannya. Rakannya sebiliknya pula dibenarkan berpindah pusat pengajian lain. Peristiwa itu berlaku apabila bilik penginapan mereka di asrama MPKB dicerobohi oleh seseorang dan berlaku pergelutan, arwah cedera parah apabila dipukul dikepala manakala rakan sebiliknya cedera di tangan dan badan.

Akibat kecederaan parah di kepala, arwah koma hampir seminggu di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian sebelum menghembuskan nafas terakhir lebih kurang waktu subuh pada tarikh yang saya lupa. Kerana trauma, rakan sebiliknya yang tercedera berpindah ke maktab perguruan lain. Sudah 15 tahun peristiwa itu berlaku tetapi apabila saya melihat gambar di atas, peristiwa itu saya teringat tiba-tiba. Al-Fatihah untuk Alahyarhamah Norhayati bt. Ithnin.

Ramai daripada rakan saya di atas tidak pernah saya ketemu kembali selepas tamat pengajian. Mungkin ada antara mereka sudah bertukar tempat bertugas lebih dari sekali dan sudah berpindah dari negeri ke negeri. Mungkin juga kesemuanya sudah balik bertugas di negeri sendiri. Hehe... saya je yang masih setia di Johor dan sudah menjadikan negeri Johor sebagai kampung halaman... hehe. Jikalaulah ada rakan-rakan lama di MPKB terbuka blog saya ni, tinggalkanlah pesan, boleh la kita bertukar-tukar cerita masing-masing.

Gambar di atas ini pula adalah gambar kami sebelum bertolak ke Lata Belatan di Besut Terengganu untuk program Pendidikan Luar. Saya masih teringat suatu peristiwa semasa program ini berlangsung. Peristiwa itu berlaku ketika aktiviti yang dinamakan Burung Hantu pada waktu malam (saya salah seorang pengelola aktiviti ini) dalam hutan. Dalam aktiviti ini, peserta akan ditempatkan disesuatu tempat yang gelap berkeseorangan dalam satu jarak tertentu antara satu sama lain (pukul 11.00 - 1.00 pagi).

Ketika program berjalan belum sampai setengah jam, tiba-tiba telinga saya dan rakan pengelola terdengar macam ada orang menangis. Mulanya kami biarkan kerana terfikir mungkin tangisan peserta. Tangisan itu kedengaran berterusan dan amat sedih sekali........kerana tidak sedap hati takut-takut sesuatu terjadi kepada peserta, lantas kami menamatkan program itu dengan memanggil kesemua keluar. Anehnya bila ditanya tiada siapa yang menangis...... adus berdiri bulu roma kami malam tu.

Itu satu dua cerita sebelum keluar menjadi pendidik. Jumpa tak yang mana satu TokNabe tu.

32 komen:

Salam ...

kakok ipar pB pun dulu ngaji di MpKb nie...

Tapi mungkin dio senior tok nabe sor duo semester


sebabnyor

maso pB nikoh dengae adik dio tu , dio ngajar doh dalae duo tido tahun
(pB nikoh tahun 95)...

Otai.. otai.. kenangan masa pengajian pasti sentiasa dalam ingatan. Saya hanya bljr setakat SPM jer tupun tak pas huhu

pB:
Saya masuk ke MPKB dlm tahun 1993.Mungkin betul tu kakak ipar pB tu senior saya.

maiyah:
Dalam kelas saya sahaja 7 orang posting di johor dan 6 orang sudah balik mengajar ke negri asal masing-masing.

Masa dok belajarlah banyak kenangan yang boleh diingat.

~0~:
Makin lama hidup, makin banyak pengalaman dan kenangan dalam diri.

tok mmg comey..maam ade kat dlm pic tu tak..??

suda terang lagi bersuluh..baris depan duduk no5 dari kiri.. ekeke :p

pic yg bwh..yg paling jambu tu ler toknabe :p

whoaaa kenangan terindah....

tapi tragedi mmg tragis...


bila nak bertukar ke kampung asal... huhuhu

echah_syed:
haha... memang slim giler time tu, tapi itu berbelas tahun dahulu. maam tak ada dlm tu la..... :D

NaqeebLukhman:
Kalau dapat berkumpul semua dengan geng tu, mungkin semuanya bawa anak yang dah besar2 belaka.

hehe... johor dah jadi kampung saya la NL. Balik kelate time cuti2.. lagi seronok. :D

Teringat,

Sempat berfoto di pagar gerbang MPKB dulu masa MSSM 1997.

Ada kedai sebelah pagar tu. di situ1ah 1st time makan nasi berwarna biru. Nasi kerabu ...

bila kita mmgingati zaman belajar mmg seronok...brbagai kenangan yg x mungkin dpt kita lupakan.

kena pulak yg sekepala dgn kita...dah jadi org johor lah.

tokder:
PPD? haha.. tak der la.

RazifEmbi:
Masa saya dokmkat situ, kedai tu masih ada dan menjadi tempat kita orang bersarapan. la ni pintu pagar dah berubah, sekarang kat depan SMS Tg Muhammad Faris Petra. Kedai tu pun tak tau ada lagi ke tidak....... saya pun lama tak lalu situ lagi.

zue:
dah lama jugak dok johor ni...mcm dah menetap sini kot.

nostalgia sungguh time tu kan..
musti banyak kenangan yang manis2..

mano satu laa toknabe tuh yek. eheheh waaahhh kita sama opsyen ek tok! tok math jugak ek? gud..gud..buleh belajo dr tok nih. hehe ween pun pi PL (Pend Luar) dulu. kena solo camping from 10.00 - 5.00am gitu tau... giler besh pengalaman! ;)

s@yangh@sni :
haha.. kenangan zaman tgh remaja.

Ween:
haha.. kalau tgk dulu dan sekarang mmg jauh bezanya. saya mmg opsyen mate.

tak dpt nk kenal pasti toknabe hok mase se...
igt nk bsrkan gambar lame tu, sekali takleh lak...

nostalgik ye??

Chekgu BaniHassim:
saya ada kat barisan depan sekali tu.haha.. semester tu konon2 jadi ketua kelas.. haha.

wah nostalgia ni.. ni semua kamera guna digital lagi ker bro.. he he..

saya dpt jumpa tok nabe yang mana satu.. he he..

Alfatihah utk arwahyarhamah Norhayati.. Amin..

hehehehe, ingat kisah silam nampak gayanya...rindu ko?

This comment has been removed by the author.

ermmm yg mana satu Tok ni...muda2 belaka semuanya..hehehe

Kasawari:
haha.. time tu rasanya belum ada digital2 ni. Semuanya pakai filem....

Nostalgia tu. jauhkan rupa saya dulu dan sekarang. hahaha.

dav_perantau:

saja teringat saing2 lamo. sejak tubik maktab dulu.. kebanyakkan diorang tak berjumpa lagi.

Sis-Lin:
Hehe... time tu muda la, la ni dah lain bentuk rupanya. saya tu dok depan sekali tapi bukan yang bertudung tau.

salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua...

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More