19 June 2009

Kenapa Saya Berblog?

Kenapa saya berblog? kenapa anda berblog? tajuk tu macam sesuai saja utuk buat karangan peperiksaan. Susah nak cakap kenapa saya berblog. Pada asalnya saya mencipta dan menulis di blogspot adalah untuk membuat laporan terus kepada pensyarah mengenai aktiviti saya/kami sewaktu satu praktikal kursus. Saya bukanlah banyak sangat idea untuk menulis dan berkongsi dengan orang ramai. Kalau mengenai diri sendiri tu adalah serba sedikit yang boleh diperkatakan. Selepas itu, blog saya memang terbiar, entri yang dibuat adalah dalam 2 atau 3 sebulan.

Sekarang di samping menulis, saya suka akan kepelbagaian templatenya yang boleh ditukar ganti. Meneliti codingnya memang membuatkan saya teruja untuk menyiap atau mengubah sesuatu blog. Dan sekarang daripada saya hanya suka2 membina blog, saya dah ada 250 entri sejak saya memulakan blog ini hampir 2 tahun yang lalu. Dalam masa itu sudah beberapa template atau layout dah saya cuba. Ada yang saya pakai lama, ada yang saya pakai sekejap bergantung pada mata saya dan keserasiannya dengan browser2 internet. Sebenarnya seronok juga berblog ni, cuma tak tahulah mungkin bila sampai suatu masa, mungkin saya juga malas untuk menulis dan membiar atau menutup blog ini terus .

* Hari ini juga genaplah harinya umur saya bertambah setahun lagi.

26 komen:

topic yang sangat menarik...dan soalan yang menarik gap "mengapa saya berblog" huk huk....
toknabe hari ni ulangtahun toknabe ko...kalau btl nk ucap selamat menyambut hari tua eh, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

Tok Nabe; selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Dah berapa kali ianya berulang? hehe..
Usia adalah anugerah.

Semoga tok nabe diberi kesihatan yg baik utk menjadi sahabat sy wlupun di alam siber cuma.

Selamat ulangathun kelahiran..moga diberkati Allah dlm setiap yg dilakukan...moga masih bersemangat berblog


jadi lebah....

slmat harijadi toknabe dan jgn berhenti berblog.

teruskan.

kenapa saya berblog?
asanya hanya untuk melepaskan apa yang terbuku dihati...
tetapi bila dah ramai kawan di maya ini, ianya menjadi wadah untuk mengeratkan ikatan antara kita, wp tak kenal...
selamat ulangtahun yang ke...
moga Tok Nabe panjang umur untuk sambut sekali lagi tahun depan!

hari ulangtahun kelahiran... moga panjang umur murah rezeki

boleh berblogging lagi...

Selamat ulang thn tok..
maaf ni ptg ni bru dpt jengah2 blog kawan2...
semuga tok sihat,kekal bhgia ceria hgga ke akhir nnti yek.amin...

Dav_perantau :
Hehe.. boleh buat satu karangan dengan tajuk tu. Sebenarnya 19 Jun ni memang tarikh hari lahir saya.

CINTAMANISZ Lite :
emmmm... dah puluhan tahun dah berulang tarikh ni. :D

Betul tu.. usia adalah satu anugerah, jadi kena gunalah usia yang ada ni dengan sesuatu yang baik2.

Jie ;

TQ berbanyak ... betul tu jadi lebah. menyengat dan bersengat, gitu ke?

zue :
Terima kasih..... semangat berblog tak leh nak kata, sekarang ni memang seronok berblog, esok lusa belum tau lagi. Tapi dengan berbloglah saya kenal ramai kawan dekat dan jauh.

cikgu_math :
InsyaAllah kalau panjang umur tahun depan jumpa lagi dengan tarikh yang sama.

Masing2 ada sebab untuk memulakan blog. Lain orang lain pulak sebabnya.

KuIna :

Terima kasih ler mendoakan ambo.... insyaAllah kalau panjang umur dan ada semangat, berblog tak la ambo ditinggalkan.

Sis-Lin ;
Terima kasih berbanyak coz doakan saya yg baik2...

Memang agak sibuk juga saya sehari dua ni, esok kena pulak jadi fasilitator utk satu kursus. Malas tak malas kalau terpaksa... kena jugak.

happy besday.. dan happy blogging then okey :D

iEn ;
toce..toce, rasanya belum sampai masanya utk stop lagi berblogging.

Saya berblog secara tidak sengaja selepas diperkenalkan oleh saudara Saie Driss. Lama-lama makin seronok. Jadi saya gunakan blog untuk mengasah bakat menulis dan mencari info berguna.

Abang Putra :
Gitulah pada mulanya, tak ahu apa yang hendk ditulis, semakin lama seronok pula bila dah dapat idea apa yang hendak ditulis dan dikongsi bersama pembaca.

combi ni tak reti nak ambek hati kalo org komen yg 'hampehh' pun kat blog combi..

tapi ade org lain yg sgt sensitip walopun komen tu bkn berniat ape2 pun..

bila kita anggap semua bende serius susah ler..betul tak??

hidup ni kena give & take baru fun berblog..

btw syabas tok skrg dah setahun yer..kalo baby dah bole jln nih :)

epi father's day tok..!

echah_syed :
Berblog ni macam berkawan juga..... kalau berkawan kena jaga tutur kata, kalau berblog juga kena juga jaga tulisan. mungkin bagi kita ayat tak sebeberapa tapi bagi orang lain mungkin lain pula adanya.

hehe... bukan blog yang setahun, tapi umur saya dah berkurang lagi setahun :D

opss sori..epi belated besday tok :)

mcmana bole salah teropong nih * malu aii :p

echah_syed :
hehe.. tak pe.. tak pe... :D

slamat hari lahir tok..lwat sikit deh..smoga shat sokmo..

walaupun lewat, nak ucap jugak selamat ulang tahun.semoga sentiada diberkati Yang Maha Esa.

mae :
terimo kasihlah sbb ucape demo tu.... tak dok hadiah gapo ko?

Cikgu Panji :
Tak pe.. lewat pun tak pe, insyaAllah ketika hidup ni biarlah berbakti.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More