29 March 2008

Jewel-Jewel



Semalam dah makan jewel2, hari ni makan lagi. Kelmarin dan hari2 yang lepas jewel2i nilah yang ambo makan. Esok mungkin makan lagi. Apa istimewanya jewel2 ni (Gambar atas). Sebenarnya tiada apa2 yang istimewa dengan jewel2 ni, ia macam lempeng saja tapi ianya digoreng ranggup. Di panggil jewel2 (bahasa jawa) kerana sebelum digoreng ianya dijewel(di tarik2) dahulu untuk melebarkkannya. Gitulah cerita yang ambo dengar. Regu untuk makan jewel2 ni ialah kari dan sambal tumis. Karinya tak kiralah kari ayam ke, daging ke atau kambing. Asal namanya kari memang sedaplah jewel ni dimakan. Setakat ni kat sinilah yang ambo jumpa jewel2 ni, kat tempat lain belum jumpa lagi.

Bahan2nya simple jugak iaitu tepung gandum,sedikit tepung beras, sedikit kelapa parut, air dan garam. Diuli dan dibiarkan. Diuli malam untuk digoreng keesokkan harinya, baru jewel2 itu '
naik' bila digoreng. memang senang nak buatnyacuma tinggal antara malas dan rajin saja. Makannya pula buat sarapan atau minum petang.

Selamat berhari minggu utk semua....dan jangan lupa petang nanti jom sama2 buat jewel2, buat minum petang bersama keluarga.

14 komen:

oooo itu rupanya jewel2 yg glamer tu...lempeng rangup tu bro..lempeng biasa pun kalau makan dgn sambalpun sedap jugak...

ok nanti saya turun johor, tolong buatkan jewel2 utk brekfes ek..

hari2 mkn jewel2 dah sah toknabe "hantu" jewel2...dah lupa taik itik ker bro? hehehehe

Itulah rupenya jewel2. Tak menarik langsung rupanya tu. Tapi kalau makan enak ye pak. So uncleJ dah kenal.. amacam nak tak? Nak merasa kalau malas nak buat mai sini ler... :D

Salam Bro..

first time dgr jewel jewel walu dok kat johor ni... he he.. ni kira macam Unclej kata lempeng rangup kot.. dah macam jemput2 gak kan kalau lawan dgn sambal dan kari tu dah macam roti canai pulak.. senang nak buat benda ni eh..

hok aloh...
lecah liur wei,bo la dok crito psal mknan lg....

dop pn pos wak blk cni sparuh...
nk wak menu br

jewel2 cicoh budu...

Jawab Kasawari :

Penah orang kata jewel2 ni cuma jumpa kat Kg. Tengah, Renggam saja. Kat tempat lain tak de.. tak tau le betul ke tak yang pasti kat Kulai memang tak ada sbb bro sendiri tak kenal..kan..kan..

Jawab Mr J@ck :

Bendanya senang nak buat jah.. tak payah la pos2 nanti sampai sana tinggal separuh kena kekoh dengan posman.

idea baguh tu.. jewel2 cicah budu, tak dok lagi ore buat. Kawe nak try...lagu mana rasa dio.

salam tok..jewel ..iskk dlm bhs inggeris precious stone nih..ekekeke...

Jawab Arsaili :

hehehehe.. dalam bahasa jawa ia cuma sejenis lempeng.hanya bernilai untuk mengisi perut je... akekeke

Tok, Jewel2 yg rangup tu kalu cicah kari tak liuk ko?

Nak make jewel2 ni tika panas lagi sedap. Nak make taruh kuah kari atas dia... mmg jadi liut tapi serupo letak kari atas roti canai gitu.

salam toknabe...

em kuih ni tak nampak mcm sedap je... tapi rangup tol tak? manje suke en3 tok ni... pasni nak wat la... boring jek nga menu hari2...

salam tok nabe...
kuih 2 nmpk mcm papedom...

Jawab Manje :

memang nampak mcm tak menarik... tak sedap, tapi sebenarnya enak juga ler buat sarapan atau minum petang. Bila digoreng besarnya lebih kurang piring cawan. Kena dgn kuah kari dan sambal tumis memang sedap....

Jawab Jentayutiara :

Lebh tepat mcm lempeng atau puri india tapi ni versi jawa.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More