18 September 2007

Ciri Individu - Januari

Ni bukannya fakta maupun auta, dan bukanlah perkara yang perlu diterima atau dibuang begitu saja. Mungkin pada orang lain, lain pula pandangannya. Arkitel ni saya sedut dari pandangan kajian Dato Hj. Dr Fazillah Kamsah mengenai ciri-ciri individu mengikut bulan kelahiran mereka. Apa2 pun cuba baca dan perhatikan diri anda adakah ia betul atau tidak:-

JANUARI
- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.
- Suka mendidik dan dididik.
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik.
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan dan hasil.
- Suka smart, kemas dan teratur.
- Bersikap tenang dan sensitif.
- Berfikiran yang mendalam.
- Pandai mengambil hati orang lain.
- Pendiam kecuali selepas diransang.
- Agak pemalu.
- Daya tumpuan yang sangat tinggi.
- Mudah mendisiplin diri sendiri.
- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya.
- Cukup sayang pada kanak-kanak.
- Suka duduk dirumah.
- Setia pada segala-galanya.
- Perlu belajar kemahiran sosial
- Sikap cemburu yang sangat tinggi.
* Saya cuba masukkan ciri2 individu mengikut bulan lain dalam entri yang lain. Panjang2 baca tak best.

2 komen:

Dapat ilham ni sebab berita kelahiran puteri mohd faisal. Tahniah dari saya faisal.

Saya Februari. Macam banyak yang betul la....... :D

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More