18 July 2007

Google Earth


Pada hari ini, kami memperkenalkan Google Earth kepada sebilangan guru-guru yang di luar masa mengajar. Secara ringkas Google Earth adalah salah satu komponen yang terdapat dalam internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutama mata pelajaran Kajian Tempatan dan juga Geografi jika di sekolah menengah. Ia adalah perisian percuma yang boleh dimuat turun di http://earth.google.com/ . Melalui Google Earth kita boleh meneroka ke seluruh dunia untuk melihat kawasan-kawasan tertentu secara 'live'. Walau bagaimanapun imej yang dipaparkan adalah imej yang lama, mungkin 3-4 tahun yang lepas.



Pada kali ini sebilangan guru sahaja yang dapat kami perkenalkan terutama guru yang mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan memandangkan kebanyakkan guru ada kelas pengajaran. Guru-guru memang berminat kerana ia baru bagi mereka. Malangnya guru-guru tidak dapat memperluaskan pengetahuan ini kepada murid-murid kerana Google Earth ini hanya dapat beroperasi di platform Windows XP atau Vista dengan prestasi yang baik dengan komputer pentium 4 ke atas dan ram 512mb, sedangkan di makmal komputer, komputer yang dibekalkan dengan spefikasi pentium 4, 128mb ram dan platform Windows 98 SE.



Kami menggunakan pusat akses yang terdapat di sekolah ini untuk memperkenalkan Google Earth kepada guru-guru kerana ia menepati spefikasi komputer seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun ia terbatas kepada 10 buah komputer sahaja dengan ruangan yang kecil untuk menepatkan 10 orang guru dalam satu-satu masa. Insya-Allah pemasanagan wireless nanti mungkin dapat mengatasi masalah ini. Untuk hari ini mungkin akan di adakan satu sesi uji cuba Google Earth kepada guru-guru selepas waktu rehat nanti 11.15 pagi.
....................pelbagaikan penggunaan internet.

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More