Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label udang batu. Show all posts
Showing posts with label udang batu. Show all posts

02 February 2010

Sudah Semakin Banyak

Sekali tengok macam ulat atau jentik-jentik yang bergerak-gerak. Walaupun bukan banyak sangat tapi jumlahnya mungkin dalam 40 hingga 50 ekor. Itupun sudah banyak yang telah mati kerana tersedut dalam sistem penapisan akuarium.

Itulah anak-anak udang kara yang baru menetas setelah hampir 3 bulan berada di bawah badan ibunya.

Memandangkan water filter akuarium menjadi masalah kepada anak-anak udang ni maka saya terpaksa mematikan dulu filter ini. Ikan-ikan yang tinggal bersama udang ini juga telah saya asingkan ke akuarium lain. Kalau bersama rasanya anak-anak udang ini akan menjadi santapan yang enak buat ikan-ikan tu.

Andainya kesemua anak udang ni akan hidup dan membesar seperi ibunya ini, rasanya akuarium 4x2 kaki ini tidak lagi sesuai untuk mereka. Emmm.........satu alternatif lain perlu difikirkan kemudian.

16 October 2009

Sinilah Rumah Kau.....

Baru dua hari dia dan 3 ekor lagi berumah dalam akuarium ini bersama dengan beberapa ekor ikan. Nampak serasi dengan akuarium ni. Haiwan ini bukan udang galah, saya sendiri tak tahu nama sebenarnya. Ada yang panggil udang kara air tawar dan ada yang panggil udang batu. Kulitnya amat keras berbanding udang galah dan sepitnya agak pendek sedikit.

Udang batu ini saya dapati dari pekerja tempat saya berkerja, beliau memang suka memancing dan mencari udang ini. Bila tengok ramai yang bela, teringin juga saya membelanya. Ada 2 pasang udang ini dalam akuarium saya.

Mulanya saya takut-takut juga udang ini menyepit ikan-ikan yang ada dalam akuarium itu, tapi nampaknya udang ni pemalu dan lemah-lembut sikit. Langsung ikan itu tidak disentuhnya walapun badannya dilanggar ikan terbabit.

Tak apalah udang... kekallah engkau di situ bersama ikan-ikan kap cina tu dengan sebaik-baiknya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More