Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Tasik Machap. Show all posts
Showing posts with label Tasik Machap. Show all posts

11 November 2008

Ngendap.....

Lama tak mengupdate blog, sejak kena demam itu hari, malas rasanya nak buka dan nengok blog ni. Dengan badan yang kurang sihat, selera kepada internet pun berkurang sikit. Hehe... tak normallah kalau mcm tu. Alhamdulillah kini rasanya dah kembali normallah bila terasa gatal2 badan kalau tak melayari internet..hehe.

Petang tadi sempat pergi amik angin kat Tasik Machap, sambil nengok orang mancing. Bukan gi ngendap ler... itu saja buat suspen aje. Petang2 macam ni ramai juga orang yang pergi memancing. Sebelah sini ramai, nun di seberang sana pun ada orang memancing. Saya pula saja bawa budak2 amik angin.


Angin petang tadi memang nyaman, bertiup sepoi2 bahasa persis di tepi pantai adanya. Memang seronok kalau dok memancing sambil berehat2. Tak dapat ikan tak pe... yang penting keseronokan tu ada. Hehe.. kaki pancing mesti setuju punya ayat ni. Memaning bukan untuk dapat ikan sangat, kalau nak ikan sangat tak payah gi mancing.. gi cari kat pasar udah ler.

Tengok gambar di atas tu... rasanya memang tak dapat ikan lagi tu, mungkin dah duduk dari tengahari atau dari pagi. Tak siapa tau... tak pe, tak pe yang penting seronok melontar umpan ke gigi air tu. Kaki pancing saja yang faham... dan saya pun memahami.. hehe.



Alah.. layan gambar udah ler...

06 June 2008

Bukan Cerita Minyak

Cadangnya petang tadi nak ke Sungai Machap... nak cari etak. Etak sejenis kerangan macam kupang, amat popular bagi orang2 belah pantai timur terutama Kelantan. Rancangan dibatalkan kerana air sungai masih lagi dalam, mungkin tunggu sehari dua lagi hingga air semakin cetek, itupun jika tidak hujan. Mungkin entri pasal etak akan menyunsul kemudian nanti. Tak tau nak kemana, arah ditujukan ke Tasik Machap, lebih kurang 1km dari rumah saya. Saja amik angin petang.

Tasik Machap merupakan tasik buatan untuk bekalan air kepada daerah2 Kluang, Batu Pahat dan juga Pontian. Keluasannya sayup mata memandang. Tak ada apa2 yang istimewanya di tasik ini, ia seperti tasik2 yang lain. Tapi mungkin bagi pemancing tasik ini ada istimewanya tersendiri.


Tasik Machap (Empangan Macap) juga amat popular kepada pemancing2 tempatan. Buruan mereka di sini ialah toman, haruan, talapia (besar2 bro), kaloi, jelawat dan ikan2 kecil yg. lain spt ikan putih dan temperas. kalau bernasib baik tersangkut juga udang galah bersepit biru di mata kail. Sempat juga berjumpa dua tiga orang kampung dok memancing. Orang memancing, saya pula dok menembak...gambar. hehe.

Hehe.....pada sapa2 nak memancing, meh ler ke Tasik Machap.InsyaAllah saya boleh tolong bawakan ke lubuk, lagi pun joran saya sendiri dah bertahun tak tersentuh air.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More