Lama tak mengupdate blog ni sejak balik kampung. Tak beberapa sihat sikit, kepala asyik berdengung dengan selsema yang tak habis-habis. Lepas tu sibuk pula dengan tengok bola..kehkehkeh. Alhamdulillah sehari dua ni rasa dah okey sikit, ada peluang untuk bercerita perihal balik kampung itu hari.
Balik kampung bukanlah lama sangat, cuma 4, 5 hari tapi okeylah dari tak dapat balik langsung. Balik ketika pertengahan cuti sekolah ni, jalan agak clear sikit tapi yang tak beberapa clear adalah sped-sped trap yang menunggu mencari mangsa, ternampak juga 2,3 tempat di mana diorang menyorok dan ketika itu bawa kereta pun kita berhemah ler....... :)

Tempat yang selalu dikunjungi bila balik kampung, kekadang bukan sangat nak membeli tapi suka-suka untuk jalan-jalan.Namanya jalan-jalan tapi huhu........jenuh juga tolong mengangkat barang..kehkehkeh.

Dulu hanya ada satay ikan, sekarang ni
'lok chin' dah ada macam-macam. Ada campuran udang, ketam, bebola ikan. bebola daging, sosej, sushi dan lain-lain. Bebudak suka, orang tua pun suka. Kalau beli berbelas-belas ringgit. Kalau
'lok chin' sate ikan- seringgit 5 cucuk kalau tak silap.Setiap cucuk ada 5 ketul .

Bahagian yang menjadi kesukaan orang perempuan. Puas pusing sampai lenguh kaki kalau berjalan kat bahagian ini. Macam-macam ada........ yang makin tak ada, duit ajelah. :)


Mee celup..........huhu kalau letak babat lagi sedap. Baru tau, tuan punya gerai ni adalah mak saudara kepada tauke nasi kerabu di penjara Simpang Renggam. Ada terjumpa beliau kat sini.

Agak-agak buah apa yang hijau dalam plastik tu. Mula-mula saya ingat itu adalah buah epal hijau, jadi buat-buatlah tak tahu. Rupa-rupanya ia adalah jeruk buah jambu batu. Jambu batu dibentuk hingga bulat macam epal lalu dijeruk. Rasanya manis dan memang sedap.

Asam jawa. Beli sedikit buat buah tangan balik ke johor. Saya sendiri kurang suka tapi agak ramai yang suka. Rasa masam-masam manis.

Berjalan, makan, berjalan akhirnya kepenatan. Nasihat saya kalau nak ke Rantau Panjang time cuti-cuti, seelok-eloknya biarlah sampai ke sana sebelum pukul sepuluh. Selepas pukul sepuluh orang memang dah ramai dan parking memang susah nak dapat. Rantau Panjang pun dah makin membesar.