Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label SKSKR. Show all posts
Showing posts with label SKSKR. Show all posts

17 June 2011

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal. Setelah terlihat van yang terlibat, terus saya memberhentikan kereta untuk melihat perkembangan pemandunya memandangkan saya amat mengenali pemilik van berkenaan.Pemiliknya adalah bekas Pembantu Am Rendah di sekolah saya.

Alhamdulillah, orangnya saya lihat tidak cedera, cuma mengalami sedikit calar-calar di kepala akibat terkena cermin yang pecah. Beliau memakai tali pinggang keledar pada masa itu.Begitu juga pemandu MyVi ini, seorang guru wanita di sekolah agama di Kluang, juga mengalami luka ringan di muka, mungkin akibat cermin pecah dan hentaman 'airbag'.


Cuma yang sedih adalah penunggang motosikal yang sama terlibat dalam kemalangan tersebut. Penunggangnya meninggal dunia di tempat kejadian akibat rempuhan kepada kereta MyVi.

Itulah, kalau malang tu boleh berbau, kemalangan yang meragut nyawa dan juga meninggalkan kesan trauma itu boleh dielakkan tapi itulah orang kata malang tidak berbau..............

05 July 2010

PTK 2010

Tengah mencari sesiapa yang berani untuk menebang 4 batang pokok kelapa di atas ni bagi Projek Tebang Kelapa (PTK). 4 batang pokok kelapa tersebut mengancam keselamatan bangunan sekolah memandangkan kecondongannya tepat ke arah bangunan sekolah. nak ditebang cara biasa tak boleh kerana sekelilingya ada rumah orang, tiang dan kabel elektrik serta telefon. Pernah meminta jasa Majlis Daerah Simpang Renggam tapi mereka pun tak sanggup dan tak berani kerana pokok ini tinggi sangat sedangkan kren mereka hanya boleh naik setinggi 30 kaki sahaja.

Jadi proses menebangnya adalah dengan memotong sedikit-sedikit bermula dari atas ke bawah. Satu cara lagi adalah dengan meracunnya . Proses ini agak senang dengan menebuk lubang pada pangkal pokok lalu dimasukkan racun tapi proses ini akan memakan masa yang agak lama, berkemungkinan sebelum ianya reput, ia akan tumbang lalu menghentam sekolah.

Jadi ada sesiapa berminat... ? :) .



23 May 2010

Membuat Perubahan

Hujung-hujung minggu ni bagus jugak kalu dapat pi mana-mana. Pergi memancing ke, pergi mandi laut ke, pegi jalan-jalan ke tapi sebenarnya duduk kat rumah juga menyeronokkan. Apa taknya lima hari kekadang 6 hari ulang alik ke tempat kerja, buat rutin yang sama setiap hari. Sesekali cuti berrehat-rehat di rumah, amat melegakan urat saraf............ hehe duduk depan komputer juga boleh ler agak lama sikit hujung-hujung minggu ni.



Tengah membuat sedikit pengubahsuaian bagi lama webblog sekolah ini. Masih mengekalkan corak template yang lama tapi ada pengubahsuaian dari segi kedudukan sidebar, ikon, warna latar dan kedudukan slideshow. Wajah terbaru webblog adalah seperti diatas dan yang lama seperti gambar di bawah ni.


Wajah lama kedua sidebar adalah disebelah kanan manakala wajah baru sidebar berada di kiri dan kanan. Untuk slideshow pula,setakat ini perjalanannya lancar saja walaupun saya menggunakan sumber javascript dari laman asalnya. Jika nanti timbul masalah, saya terpaksa meggunakan sumber javascript sendiri atau memasukkan terus javascript tu ke dalam template blog. Sebenarnya slideshow dan juga thumbnail untuk posting memerlukan javascript tertentu untuk berfungsi.

Inilah kerja saya sepanjang Sabtu, dan setakat ini saya puas hati.

10 April 2010

Wajah Ceria Anak-anak

Wajah-wajah ceria anak-anak didik ketika sedang menikmati hidangan sempena sambutan Maulidur Rasul. Dengan hidangan nasi brayani yang dimasak oleh guru-guru mereka dan di makan secara ramai-ramai dalam dulang, mereka nampak begitu ceria sekali.

Sabtu, 10 April 2010.

30 March 2010

Ada Tugasan

Tengah ada tugasan, jadi masa untuk melawat blog rakan-rakan menjadi terbatas. Dua tiga hari penuh dengan aktiviti menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Buku program, urusan backdrop dan juga penyediaan audio visual untuk majlis terbabit.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More