Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label SK Peringit. Show all posts
Showing posts with label SK Peringit. Show all posts

17 July 2007

Terowong

Semalam saya ada menceritakan mengenai terowong di SK Peringgit ini. Di sini sedikit kisah mengenai terowong tersebut. Terowong ini yang panjangnya lebih kurang 15 meter siap dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj. Ali bin Mohd Rustam pada 26 Mei 2007. Ia menghubungkan antara 2 kawasan sekolah iaitu satu kawasan yang menempatkan blok D dan makmal komputer dengan satu kawasan yang menempatkan blok A, blok B dan blok C (pentadbiran). Sebenarnya kedua kawasan sekolah ini dipisahkan oleh sebatang jalan raya. Cadangan asal adalah untuk membina jejantas tetapi akibat kos yang tinggi cadangan kemudiannya lebih kepada membina terowong. Mengikut dari sumber guru disini, kos membina terowong tersebut dianggarkan lebih RM 200,000.00. Ia dikatakan unik kerana jarang sekolah yang dihubungkan dengan terowong melainkan jejantas.
Ini memberi identiti kepada SK Peringgit.
Berbalik kepada agenda pemasangan wireless, kabel yang akan ditarik nanti dari pusat akses juga akan melalui terowong ini kemudian ke blok C. Disitu akan ditempatkan satu unit Acess Point (AP) (Peringgit 1). Ia akan memberi capaian internet tanpa wayar dan juga rangkaian dalaman kepada printer kepada blok C dan blok D. Satu lagi AP akan dipasang di tingkat 2 di blok B (Peringgit 2). Ia akan memberi capaian internet tanpa wayar kepada blok A dan B. Capaian tanpa wayar ini akan disediakan ciri-ciri keselamatan dimana untuk mendapatkan capaian tanpa wayar ini, pengguna perlu mempunyai WEP key. WEP key ini hanya diketahui oleh pihak pentadbiran sahaja. Ini adalah perlu untuk menggelakkan penggunaan tanpa izin oleh masyarakat di sekitar sekolah.
Proses pemasangan AP akan dimulakan selewatnya minggu depan memandangkan pihak sekolah dan PIBG sudah meluluskan sumber kewangan dan akan diperolehi hari ini. Jadi minggu ini adalah untuk membeli peralatan yang diperlukan serta menyediakan plan kedudukan AP tersebut. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak projek ini akan berjalan dengan lancar dan yang pastinya akan berjaya. Senang cerita nanti guru2 di SK Peringgit, kalau duduk dalam terowong ini pun akan dapat capaian kepada internet. Cayalah...........

16 July 2007

Peringgit 1

Untuk permulaan, Peringgit 1 mula beroperasi dari bilik Pusat Acces dengan liputan hanya untuk Blok D. Ini adalah pengenalan kepada warga Peringgit mengenal capaian tanpa wayar kepada internet. Kebanyakkan gurunya amat berminat untuk mendapat acces ini memandangkan jarak makmal komputer dan pusat acces amat jauh dari tempat pengajaran mereka terutama blok A, B dan C. Ketiga2 blok tersebut dipisahkan oleh sebatang jalanraya dan dihubungkan dengan sebuah terowong (unik - tiada lagi sekolah dihubungkan dengan terowong).

Kertas kerja untuk pemasangan 'wireless' sudah siap dan dah dipanjangkan kepada pihak pentadbiran. Pada dasarnya pihak sekolah (guru besar) menggalakkan projek ini. Dengan kerjasama PIBG rasanya projek ini akan berjalan dengan lancar. Secara ringkas, 2 AP akan dipasang di Blok A dan B, dengan panjang kabel antara 150 meter hingga 200 meter. Di sini repeater mungkin diperluka untuk menguatkan signal, tapi untuk mengurangkan kos kami abaikan penggunaan repeater tersebut dengan harapan jarak 200 meter itu tidak menggangu penghantaran data. Moga-moga berjaya nanti. Setakat ini penggunaan laptop di kalangan guru adalah rendah kecuali untuk pengajaran dan pembelajaran sahaja. Untuk pencarian bahan, mereka lebih menggunakan makmal komputer dan pusat acces. Matlamat dengan pemasangan AP untuk capaian tanpa wayar ini, para guru SK Peringgit akan lebih menggunakan laptop untuk mencari bahan2 pengajaran melalui internet di masa saja di kawasan sekolah tidak terhad lagi hanya di makmal komputer dan pusat acces sahaja.

12 July 2007

Kertas kerja 'Wireless"

Mula membuat draf untuk kertas cadangan bagi pemasangan internet tanpa wayar di SK Peringgit. Draf disediakan oleh En. Azlan. Setelah ditinjau keadaan dan lokasi sekolah, kami mendapat gambaran awal dimana dan bagaimana untuk memasang acces point (AP) di sini. Pada mulanya kami bercadang untuk memasang AP berhampiran dengan pejabat, tapi setelah ditinjau lebih baik kami memasang AP ni di bangunan yang menempatkan kantin jadi kawasan liputannya juga luas. Kalau ada bajet yang lebih cadangan yang lebih baik adalah memasang 2 buah AP sekali gus. Respon yang baik juga diterima dari pihak sekolah terutama dari unit ICT dan juga pihak PIBG. Alhamdunillah jika begini keadaannya senanglah sikit kerja kami.
Kami akan mengambil 'point' dari satu port di switch yang terdapat di Pusat Acess memandangkan ianya paling hampir dengan blok pentadbiran. Anggaran jarak adalah dalam 200 meter, harap-harap tiada masalah connection slow nanti. Kami akan mengadakan mesyuarat kecil dengan pihak pentadbiran sekolah setelah kertas cadangan siap nanti, mungkin minggu kedua praktikum nanti.

10 July 2007

SK Peringgit -2nd day



10.07.07, Hari kedua di SK Peringgit, setelah perbincangan diadakan dikalangan guru, pihak sekolah meminta kami membuat satu kursus mengenai penggunaan Microsoft Excel. Bagaimana untuk membina borang markah yang boleh terus mendapatkan jumlah, purata, peratus dan kedudukan seseorang murid dalam satu2 peperiksaan. Mereka meminta untuk mengadakan kursus tersebut pada 6.8.07 pada har Isnin, jam 2.30 hingga 4.30 petang. Pada tarikh tersebut pihak sekolah memaklumkan bahawa semua guru2 tiada aktiviti dan dapat hadir untuk kursus tersebut.
Kami memang tiada halangan, tetapi kami juga akan membuat persediaan seperti membuat nota2 ringkas, slaid dan latihan yang akan diberikan kepada guru2 semasa kursus tersebut. He..he..so kena buatlah persediaan dari sekarang. Kertas cadangan juga kena buat (nampaknya dalam bab ni En. Azlan Lin lah yang layak membuat kertas cadangan).
Aktiviti ari ni, tengok2 apa yang nak dibuat untuk projek khas, proposal sudah siap. Bahan2 mentah dah sedia, idea dah ada dan dah mula buat intro. Aku akan buat satu bahan untuk pengajaran Kajian Tempatan. Tajuknya kena tunggu dulu, dah ada tajuk tapi biar surprise sikit kat kekawan. Kekawan yang lain kalau nak minta tolong, dipersilakan ke IPPM. Kita buat sama2, tolong menolong. Orait!!!!!
..........................................hari kedua lepas,hari ketiga menanti.

09 July 2007

SK Peringgit, Melaka

09.07.07 - Hari ini aku, Azlan dan Mohd Kelana melaporkan diri di SK Peringgit untuk memulakan latihan perkhidmatan dalam bidang TMK selama 6 minggu. Pada makluman awal oleh GPK 1, sekolah ini mempunyai lebih kurang 800 orang murid dengan bilangan guru seramai 49 orang. Guru besar sedang bercuti sebulan kerana menyambung pelajaran. Sekolah ini mempunyai kemudahan makmal komputer yang nampaknya digunakan dengan semaksima dan juga mempunyai Pusat Akses yang baru saja dibuka pada bulan ini. Nampknya kemudahan ICT memang sudah tersedia di sini. Melalui perbincangan bersama dengan GPK 1, pihak sekolah dimaklumkan bahawa kami akan menjalankan 2 buah projek untuk kepentingan bersama terutamanya pihak sekolah. Projek pertama adalah memasang kemudahan internet tanpa wayar (wireless) terutamanya di blok pentadbiran.Pada pandangan kami projek pertama ini mungkin memakan masa sikit kerana jarak antara blok pentadbiran dengan makmal agak jauh sikit dan memerlukan perbelanjaan yang mungkin akan diperolehi dari pihak sekolah. Kami akan menyediakan kertas cadangan yang akan dibuat oleh En. Azlan Lin mengenai cadangan pemasangan, kos serta lakaran plan. Mungkn pada peringkat awal ini kami perlu lagi berbincang dengan pihak sekolah. Nampaknya pihak sekolah memang berhajat untuk memperolehi kemudahan internet tanpa wayar ini. Apabila selesai proes pemasangan ini, kami bercadang untuk mengadakan kursus atau taklimat mengenai penggunaan wireless ini terutama mengenai setting dan langkah keselamatan menggunakannya.


Pihak sekolah juga nampaknya berminat untuk membina laman web, ini mungkin menjadi projek kami yang kedua. Pada peringkat awalnya kami bercadang untuk mengadakan kursus dalaman mengenai ICT ini mengikut keperluan pihak sekolah. Apa-apa hal semuana bergantung kepada pihak sekolah. Kami akan membantu sebaiknya disamping menyiapkan latihan perkhidmatan ini. Terima ksih kami ucapkan kepada ihak sekolah yang mesra menerima kami dan juga atas kerjasama yang diberikan.


Emmm......jumpa juga aku dengan kawan lama yang sama-sama mengajar kat Kluang dulu (Halili bin Harun), walaupun berlainan sekolah tapi memang kami kenal agak rapat. Banyak perkara yang diceritakan. TQ atau bantuan ko....



Itu cerita untuk hari pertama.......hari kedua menunggu

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More