Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Renggam. Show all posts
Showing posts with label Renggam. Show all posts

10 May 2010

Ambulan, Pensil dan Budak Sekolah.

Hari ni tak disangka-sangka saya terpaksa menaiki ambulan. Bukan kerana saya sakit dan bukan juga saya pemandu ambulan tapi ada sangkut paut dengan pensil di bawah ini. Terasa diri begitu besar apabila semua kenderaan ketepi memberi laluan sepanjang jalan dari Renggam hingga ke Kluang. Nak bagitahu... macam sadis pulak ceritanya.

Ginilah ceritanya, seingat minggu ni aman sikit dari cetusan peristiwa yang dibawa oleh anak-anak didik. Selepas rehat saya dikhabarkan ada seorang murid yang tertusuk pensil di b****tnya. Erk......bukan kat anu tu tapi betul-betul kat daging punggungnya yang pejal. Sebab dan musabab bagaimana pensel tu tertusuk kat situ...... hah tak payahlah diceritakan. Melihat keadaan pensel tu, naik seriau......... Tanpa berlengah saya bersama ustaz terus bergegas membawa budak tersebut ke Klinik Renggam untuk mendapatkan rawatan. Di sana, pembantu perubatan tak berani untuk mencabut pensel tersebut takut-takut pensel itu patah dan beliau tidak tahu berapa dalam pensel itu tertusuk. Jadi dengan ambulan saya dan anak didik saya tu di bawa ke Hospital Kluang.

Di hospital, doktor berjaya mengeluarkan pensel tersebut yang panjangnya hampir sejengkal tertusuk dalam anu budak itu. Alhamdulilah... tiada kecederaan serius berlaku kepada anak didik itu.

Gitulah ceritanya........

30 March 2010

Ada Tugasan

Tengah ada tugasan, jadi masa untuk melawat blog rakan-rakan menjadi terbatas. Dua tiga hari penuh dengan aktiviti menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Buku program, urusan backdrop dan juga penyediaan audio visual untuk majlis terbabit.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More