
Hari ini 28 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadan. Tiga hari lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan, hari ulangtahun ke 52 kebebasan negara dari penjajahan negara luar. Cuma kita tak tahu lagi adakah kita sudah bebas dari pengaruh, budaya dan ikutan negara luar terbabit. Keesokkannya, 1 September 2009, berlaku perubahan dalam harga dan gred minyak petrol. Jika sekarang terdapat 2 jenis minyak petrol yang dijual di stesen-stesen minyak di seluruh negara iaitu RON 92 dan RON 97 (RON=Road Octane Number). RON 92 yang diberi jolokan minyak merah kini berharga RM 1.70 akan dihapuskan dan diganti dengan RON95 yang akan berharga RM1.75 sen seliter. RON 97 yang kini berharga RM 1.80 akan dinaikkan harga menjadi RM2.00 seliter mulai 1 September ini ( 4 hari saja lagi).
Dikatakan juga RON 95 sesuai untuk semua jenis kenderaan. Anda dah pernah cuba? saya belum lagi. Tak tahu macam mana prestasinya. Saya ada juga meninjau forum-forum yang ada membincangkan pasal ini dan ada yang pernah mencubanya. Antara mereka yang pernah mencuba (sekarang dah ada RON 95 dijual di stesen-stesen minyak) mengatakan prestasi minyak ini okey, menambahkan pecutan tapi kuat makan minyak. Sejauh mana kebenarannya hanya pengguna tu sahaja yang tahu. Kalau nak tahu...... kita cuba sendiri.
Kenapa menaikkan harga Minyak RON97 ?
Menurut sumber, minyak RON97 merupakan minyak bergred premium dan kebanyakkan kereta hari ini tidak memerlukan minyak gred setinggi itu. Difahamkan Enjin Campro keluaran Proton boleh menggunakan minyak gred RON95 tanpa sebarang masalah. Oleh itu, penjimatan dari menaikkan harga minyak RON97 boleh digunakan untuk menampung subsidi minyak RON95 yang lebih standard untuk kebanyakkan kenderaan sekarang.
-------------- Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia.
Kalau betullah itu anggapan sesetengah pihak.... apa salahnya menyediakan minyak yang terbaik untuk kegunaan rakyat sendiri dengan harga yang murah atau tidak membebankan. Umpama seorang ayah atau ibu yang sentiasa ingin memberi yang terbaik untuk anak-anaknya.