Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Petir dan Kilat. Show all posts
Showing posts with label Petir dan Kilat. Show all posts

10 June 2010

Keindahan Dalam Kegerunan

Memang benar, siapa tidak takut atau gentar dengan petir, sesetengah orang panggil halilintar atau 'plaka'. Sekali berdentum, semua orang kecut perut. Panahannya tidak mengira siapa, mana yang telah tersurat akan disambarnya. Petir seperti mana ciptaan Allah yang lain-lain, walaupun kehadirannya digeruni tapi ada juga orang yang berani untuk merakamkan keindahan di saat terpacarnya petir dari muka langit.



18 October 2009

Keindahan Dalam Ketakutan





Petir dan guruh..... ....berdentum, yang datang dari langit bukan sekadar membawa bahaya tetapi juga keindahan. Keindahan yang jarang boleh dilihat dan ditonton. Siapa agaknya yang berani berhadapan dengan petir dan guruh ini. Sudah banyak cerita dan berita yang didengar tentang mereka yang rentung dan meninggal akibat dipanah petir ini.

Sejak kecil saya di ajar oleh orang tua saya agar segera berlari dan berlindung dalam rumah jika berlakunya petir ini kerana dikatakan ianya panahan malaikat terhadap syaitan-syaitan yang cuba menuju ke langit. Ketakutan saya terhadap petir memang terbawa-bawa hingga sekarang. Ye..... ketakutan kita terhadap petir ini bukanlah tidak berasas.

"Firman Allah : Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk
menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra'ad :12-13)"

Dari ayat diatas, kita melihat bahawa memang ptir diciptakan untuk menakutkan manusia, walaupun fokus ayat adalah kepada golongan yang mengingkari perintahNya. Bukan saya bermaksud mereka yang dipanah petir ini adalah mereka yang mengingkari perintahNya tapi natijah bala yang diturunkan oleh Allah tidak mengira siapa walaupun pada mereka yang mempunyai sifat baik. Jadi adalah wajar untuk kita takut kepada petir dan kilat ini kerana kita adalah hamba yang hina. Bagamana agaknya anda......agak mustahil jika anda tidak takut.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More