Mulanya bercadang ke Teluk Gorek, Mersing. Kebetulan sampai di sana air tengah surut dan orang pun tiada. Cuma duduk-duduk sambil makan-makan. Jalan ke sana dari Bandar Mersing amat lapang, cuma apabila tiba di simpang tiga Tanjung Resang dan Penyabong ini kena hati-hati sikit, banyak lembu dan hasil buangannya berselerakan atas jalan raya.


Tidak dinafikan Teluk Gorek memang cantik pemandangannya serta pantainya pun landai, sesuai untuk mandi manda. Cuma ketiadaan tempat mandi serta tandas kecuali di satu kawasan chalet memang menyusahkan. Disebabkan itulah kami tak jadi untuk mandi di situ.

Selesai makan, kami berkemas untuk menuju ke
Pantai Air Papan(Teluk Godek) lebih kurang 10 km berpatah balik. Di sini air amat cantik, cuma mandi di sini kena berhati-hati kerana pantainya agak curam, tersalah langkah boleh tenggelam timbul nanti.


Jalan-jalan sebelum Ramadan menjelma.............................