Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Nokia 5800. Show all posts
Showing posts with label Nokia 5800. Show all posts

04 December 2009

Tak Tahu Jalan?

Dengan 2 kali mencuba dan sekali terpaksa mereset telefon ke default, saya berjaya menginstall Garmin XT (versi 5.00.50) ke telefon Nokia 5800 XM. Pada mulanya, ingat macam senang tapi proses menginstalnya adalah sedikit rumit dan ada 2,3 proses yang perlu dituruti sebelum berjaya.

Apakah itu Garmin XT. Garmin XT adalah satu perisian GPS yang digunakan dalam smartphone yang mempunyai cip terbina dalam GPS seperti kebanyakan telefon sekarang.

Antara telefon yang mempunyai cip terbina dalam GPS
(kredit kepada
www.symbianku.com)

Apakah pulak GPS? GPS secara umumnya merujuk kepada Global Positioning System/ Sistem kedudukan Sejagat yang pada awalnya digunakan oleh pihak ketenteraan Amerika. Sekarang orang awam boleh menggunakan GPS secara percuma untuk menentukan kedudukan dan juga bagi menunjuk arah. Hehe...... percuma dalam menggunakan GPS aje... alatan seperti telefon atau GPS Reciver dan software kena beli jugak.


Setelah berjaya menginstall Garmin, saya mencubanya ketika saya ke Batu Pahat (walaupun dah tau selok belok jalan - sekadar mencuba). Setelah menjalankan aplikasi Garmin saya klik kepada Where to? dan pada POI (point of Interest) saya masukkan The Summit Batu Pahat. Kemudian garmin mengunci kedudukan dengan satelit. Kemudian saya memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan saya hanya mendengar Turn Left, Keep Left, Turn Right dan Arriving Destination On Your Left. Senang bukan, kalau kita menuju ke tempat yang tak pernah kita pergi, Garmin akan membantu kita sampai ke destinasi tanpa fikiran yang pening dan dapat menjimatkan masa.


Pada saya Garmin XT ini amat sesuai dan bagus untuk digunakan dan sesiapa yang mempunyai smartphone yang menyokong GPS, eloklah memasang perisian ini. Cuma keadaan awan dan juga cuaca kekadang mempengaruhi signal satelit. Nokia 5800 XM yang saya gunakan nampaknya dapat mengesan signal satelit dengan cepat dan keadaan cuaca yang tak sebeberapa baik sekarang ini tidak mempengaruhi signal satelit pada Nokia 5800.

Cara menggunakan Garmin XT pada smartphone.

(Kredit gambar untuk www.symbianku.com)

Lagi kisah pasal GPS dalam smartphone di sini, sini dan di sana.

* Mulai esok saya akan berada di luar kawasan sekali lagi dan kali ini rasanya lebih lama sikit. Salam untuk semua pengunjung.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More