Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Nikon D90. Show all posts
Showing posts with label Nikon D90. Show all posts

06 May 2010

Baru Sampai Tengahari Tadi

Pesanan yang dibuat pada Isnin lepas telah selamat saya terima melalui GD Express tengahari tadi. Teruja jugak sebab nak dapat gadget baru. Sebenarnya saya membuat pesanan untuk mendapatkan sebuah kamera DSLR Nikon D90 bagi menggantikan kamera saya yang lama Nikon D40. Kenapa Nikon menjadi pilihan? Sebab saya agak yakin dengan prestasi jenama ini setelah menggunakan D40 dalam 2 tahun. Cadangnya untuk mencuba jenama Canon pulak, tapi takut tak memuaskan hati nanti.

Pesanan ini saya buat melalui sebuah kedai di Kota Bharu, Kelantan. Kenapa tidak beli di Johor saja? Sebenarnya saya sudah bertanyakan beberapa kedai fotografi di Johor tapi kebanyakkannya ketiadaan stok dan juga agak mahal sikit berbanding kedai di Kota Baharu ni. Kedai ini direkomenkan oleh seorang kawan yang juga berkecimpung dalam arena fotografi ini. Setelah bayaran dibuat secara online, kedai tersebut menjanjikan pesanan akan sampai dalam masa sehari melalui carrier service.


Disertakan bersama set Nikon D90 ini ialah Nikkor lens ,AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR, memadai untuk shoot dalam keadaan ruang yang sempit dan juga jarak sederhana jauh tanpa perlu menukar lens. Untuk yang lebih baik, elok dapatkan lens 18-200mm tapi harganya mahal sikit........

Oklah...nak belek-belekkan gadget baru ni sebelum mengujinya di Pendang Kedah, Sabtu ini kerana kebetulan mengikuti rombongan pengantin ke sana.



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More