Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Musim Buah. Show all posts
Showing posts with label Musim Buah. Show all posts

30 July 2010

Sebelum Puasa

Kurang 2 minggu Ramadan akan menjelma. Kebetulan rambutan gading (kuning) dan pulasan tengah masak. Rambutan merah Budak Sekolah dan Gula Batu yang masah dulu pun masih lagi banyak belum dipetik.


Kebetulan pula tahun ni pokok-pokok rambutan ni, jadi pulak buahnya. Dah beberapa kali bawa ke tempat kerja dan dah juga petik untuk diagih-agihkan kepada saudara mara dan rakan-rakan.


Tinggal kurang 2 minggu lagi untuk menghabiskan stok rambutan dan pulasan ni. Maklumlah jika dah puasa, memang masa siang teringin sangat tapi bila dah berbuka, dah kenyang... buah-buah ni memang tak pandang lagilah.

09 July 2010

Musim Sakit Tekak

Musim sakit tekak kembali lagi tahun ni, alhamdulillah ada 4,5 pokok rambutan yang buahnya dah mula nampak merah-merah dan dah boleh dipetik. Tengah buahnya sebegini memang sedap di makan tapi yang tak tahan kulitnya tu ikut sekali. Inilah yang menyebabkan tekak gatal dan batuk-batuk.

Pokok-pokok ni masih dikira rendang lagi, banyak buah yang boleh dicapai dengan tangan sahaja. Kalau pakai galah pun cukuplah dengan galah yang pendek sahaja.

Rambutan 'anok skolah' dan 'gula batu' ni memang tengah masak, rambutan gading nampaknya mungkin akan masak dalam bulan puasa nanti. Kalau bulan puasa....... tengok jelah, dah lepas berbuka mungkin selera dah hilang sikit....

25 June 2009

Dah Musimnya

Saya pernah mendengar orang berkata, "Tak boleh makan banyak-banyak buah rambutan ni, nanti batuk... tak ada suara". Ada seorang pulak berkata " Saya boleh la makan buah durian ni seulas dua, kalau lebih pening nanti.. mabuk". Ada pula yang memberi ingatan....... makan nangka banyak-banyak, nanti...... angin (kembung perut kot!)


Itu yang selalu orang ingatkan kalau kita memakan buah-buahan tempatan. Tak pulak saya dengar alahan-alahan seperti ini kalau kita makan buah epal, anggur, pear dan lain-lain buah-buahan import. Tu yang peliknya.....

Tapi tak kisahlah, sakit tekak pun sakit tekaklah.....buah rambutan dah mula merah. Bukannya kena beli, cuma kena petik aje. Lagi pun musimnya cuma sekali setahun.... sakit tekak pun sakit tekaklah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More