Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Mersing. Show all posts
Showing posts with label Mersing. Show all posts

14 July 2010

Dari Teluk Gorek Ke Teluk Godek

Mulanya bercadang ke Teluk Gorek, Mersing. Kebetulan sampai di sana air tengah surut dan orang pun tiada. Cuma duduk-duduk sambil makan-makan. Jalan ke sana dari Bandar Mersing amat lapang, cuma apabila tiba di simpang tiga Tanjung Resang dan Penyabong ini kena hati-hati sikit, banyak lembu dan hasil buangannya berselerakan atas jalan raya.

Tidak dinafikan Teluk Gorek memang cantik pemandangannya serta pantainya pun landai, sesuai untuk mandi manda. Cuma ketiadaan tempat mandi serta tandas kecuali di satu kawasan chalet memang menyusahkan. Disebabkan itulah kami tak jadi untuk mandi di situ.

Teluk Gorek

Selesai makan, kami berkemas untuk menuju ke Pantai Air Papan(Teluk Godek) lebih kurang 10 km berpatah balik. Di sini air amat cantik, cuma mandi di sini kena berhati-hati kerana pantainya agak curam, tersalah langkah boleh tenggelam timbul nanti.

Jalan-jalan sebelum Ramadan menjelma.............................

21 March 2009

Mersing

Mersing bukanlah jauh sangat dengan tempat TokNabe ni. Lebih kurang sejam setengah perjalanan melalui Felda Nitar TokNabe dah boleh sampai ke Mersing. Kalau ke sana tujuannya hanyalah satu iaitu untuk mandi-manda atau duduk di tepi pantainya dengan merasa tiupan bayu laut yang dingin gitu2.

Kalau ke sana juga, tidak kurang orang membeli kerepok lekornya yang dikatakan berlainan sikit kalau nak dibandingkan dengan yang didapati di Kluang atau tempat2 lain di Johor. Tapi bagi saya kerepok lekornya tidak boleh lawan dengan kerepok lekor Terengganu terutamanya di Losong. Kalau di sana 'kelekoran'nya lebih terasa.

Kalau nak melihat persekitaran Mersing, terutamanya pantai yang sayup mata memandang patutlah kita ke Masjid Jamek Bandar Mersing kerana ia berada di atas di puncak bukit. Memang jelas kalau nak melihat sekitar Mersing.

Kalau memandu di jalan2 di pesisir pantainya, tutuplah penghawa dingin dan bukakanlah cermin kereta, rasailah terjahan angin laut yang menyegarkan. Atau berhentilah seketika di pinggir pantai dan matikan enjin kereta, keluar serta duduklah di bangku2 yang tersedia..... memang seronok kalau nak di bayangkan.

Hehe.... semua gambar ni bukan gambar baru, tapi gambar bulan Disember 2008 itu hari. TokNabe berkira2 nak ke sana lagi........

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More