Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah
atau satu bahagian kepala sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? Jika anda memang mengalami dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami
migrain.
Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau kesimpulan. Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.
Artikel ini akan menjurus pada penggunaan herba untuk menangani masalah migrain. Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala ialah pokok sembung (blumea balsamifera) dari famili compositae. Bahagian yang digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya. Sejenis bunga yang dipanggil feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari. Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga 4 jam.
Rosemary atau nama saintifiknya rosmarinus offiicinalis dari famili labiatae boleh dijadikan teh dengan cara merebus daunnya yang telah dikeringkan dan biarkan terendam selama 10 minit sebelum diminum. Teh ini tidah boleh diminum oleh pengidap epilepsi dan wanita hamil. St john’s wort atau nama saintifiknya Artemisia vulgaris, juga dikenali dengan nama damong maria di filipina.
Juga dipetik dari Risalah Kesihatan UKKP UNIMAP - April 2008.