Kebiasaanya menu untuk jamuan adalah nasi ambeng. Nasi ambeng merupakan menu utama kenduri bagi masyarakat Jawa disini dan mungkin juga di mana-mana terdapatnya masyarakat Jawa. Nasi ambeng akan dihidangkan selepas majlis tahlil tamat. Kuih-muih biasanya dihidang bersama dengan nasi ambeng. Tetamu hanya memakan kuih dan nasi ambeng akan dibungkus untuk dibawa balik ke rumah masing-masing.Secara ringkas nasi ambeng diletakkan di dalam dulang untuk hidangan 4 orang bersama lauk-pauk, sayur dan juga serunding. Nasi ini akan dibahagikan sama banyak oleh seseorang dalam kumpulan berempat tadi. Ada juga sesetengah majlis, nasi ambeng ini dah siap dibungkus dari dapur dan tetamu hanya perlu membawanya pulang.
Malam tadi baru saya pergi kenduri dan kemungkinan malam ini pun ada. Boleh dikatakan malam hujung minggu orang rumah bolehlah gantung periuk belangga.
* Gambar, saya ambil dari google. Bukan dari kenduri yang saya hadir... hehe segan nak snap gambar. Sedap juga makan nasi ambeng ni sambil dengar lagu loghat Kelate.








