Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Masjid Selat Melaka. Show all posts
Showing posts with label Masjid Selat Melaka. Show all posts

01 July 2009

Masjid Selat Melaka

Isnin lepas, Johor bercuti sempena Hari Hol Al-Marhum Sultan Johor. Kesempatan diambil untuk pergi makan angin dengan keluarga. Budak-budak katanya teringin nak ke Melaka. Saya okeylah sebab dari tempat saya ke Melaka, tak jauh sangat lebih kurang 1 jam setengah melalui PLUS.

Sebelum pulang ke Johor, saya sempat singgah di masjid ini, dinamakan Masjid Selat Melaka kerana berada betul-betul di atas air Selat Melaka. Maksudnya masjid ni ala-ala terapung dengan sepenuh bangunannya berada di atas air. Masjidnya cantik dan sejuk mata memandang tapi agak sayang sikit apabila melihat tiada pemaustautin yang menetap berhampiran masjid ini. Yang ada hanya kedai-kedai kosong serta kawasan perumahan terbengkalai.

Tempat ini juga sesuai untuk mereka yang gemar memancing. Ketika saya sampai sekitar jam 5.00 petang, sudah banyak batang-batang jorang yang kelihatan terpacak sepanjang pantai yang ditambak ini. Mereka yang memancing ini mungkin adalah dari kawasan sekitarnya.

Sambil-sambil memancing tu boleh ler kapal-kapal sedang belayar menuju destinasi masing-masing. Kalau bersantai saja pun okey jugak di wakaf yang disediakan dengan deruman angin laut yang nyaman.

.........Walaupun setahun dok Melaka pada 2007, tapi inilah kali pertama saya sampai ke Masjid Selat Melaka ini.

25 June 2007

Kisah Praktikum

emmmm.....nampaknya dah mula cerita-cerita praktikum keluar dari mulut kekawan KSPK ni. Ada yang dah berkira-kira dengan sekolah dan pensyarah pembimbing. Aku tak kisahlah......... yang pasti sampai masa kena pi jugak praktikum ni.

Nampak gayanya 9 Julai ni, keluarlah kami ni pi praktikum. Aku bersama dengan Azlan Lin dan Mohd Kelana praktikum di SK Peringgit, Melaka. Praktikum selama 6 minggu dari 09-07-2007 hingga 18-08-2007 di bawah penyeliaan Pn. GAN.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More