Dengan penat dan rasa mengantuk masih lagi bersisa, keinginan untuk membuka komputer dan menjenguk blog rakan memang tak boleh nak padam. Tapi sebelum menjenguk blog rakan2, eloklah saya postkan satu entri dahulu. Perjalanan dari Kluang, Johor ke Pasir Mas Kelantan mencatatkan 678 km. Itulah yang tercatat di edometer kereta saya, tepat atau tidak, tidaklah dapat disahkan. Cuma kepenatan, keletihan serta rasa mengantuk masih belum hilang lagi.
Semasa pulang hari tu saya sempat singgah di Terengganu. Meninjau keindahan Masjid Kristal yang menjadi kemegahan orang Terengganu kot. Disebabkan saya sampai awal di Terengganu, jadi adalah sedikit masa untuk berjalan2 di sini. Walapun awal, banyak masa saya habiskan masa di Masjid Kristal ni. Ambil gambar sana, ambil gambar sini.
Masjid Kristal ni memang cantik, dikatakan dibina menggunakan kaca dan keluli. masjid pintar ini berkeluasan 2146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah dalam satu2 masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan wifi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet untk membaca Al-Quran elektronik (Wikipedia).
Seronok berada di sini cuma, kedudukan masjid di atas air Sungai Terengganu memang sejuk cuma bahang dari atas yang tak tahan. Lepas tu, tak sah kalau sampai Terengganu, kalau tak membeli kerepok lekornya. Sempat juga membeli kerepok lekor sedikit di samping yang dah siap dimasak untuk santapan di Pantai Penarik nanti.
~ Salam untuk semua.








