Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Loghat Kelate. Show all posts
Showing posts with label Loghat Kelate. Show all posts

08 June 2010

Mari Baca Kalau Faham

Bila perkataan loghat Kelantan cuba dijadikan perkataan standard( Bahasa Melayu), haru biru jadinya. Mana yang faham memang nak su'ko baca ni..........

Kesemua petikan dalam entri ini saya ambil dan salin semula dari satu forum di internet, Penghargaan untuk penulis asal petikan-petikan ini. Sebab kelakar, saya salin semula di blog TokNabe ni.

Kisah 1:
makcik aku org pahang terkejut apabila jumpe doktor di kelantan.
die nak test pakai steteskop.
"ok mokcik, acu nyawo"

KAHKAHKAH...makcik aku. "ye saya bernyawa la ni"...

rupenye "ok tarik nafas"
.

Kisah 2:
Kawe dulu mari sekoloh di kl...

Kawe: Kenapa nih gaduh gaduh ni..nak kemana.
Saing Kawe: Bila mase plak aku bergaduh...

Kisah 3:
Mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..

Ado sekali tuh, selok dia suko.... dio tunjuk tuh abih so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..

"Itik sedang menyudu air cha.. "

Kisah 4:
Pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:

" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....

terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.

Kisah 5 :
Ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap :

Guest : " nape takde elektrik ni ?" Awek : " maaf cik,black out. Api berJENTAP"


Kisah 6:
Aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu. Sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghe gi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...

"kak..... PLETIM adaa ? kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"


Kisah 7:
Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..

"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..


Kisah 8 :
DJ radio: assalamualaikum
Pendengar: wa'salam...
DJ radio: Bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?
Pendengar: Hujan berek-berek.....


Kisah 9:
Ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..
comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,
serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..

"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."


Kisah 10 :
kwn aku citer cara2 masak kerutup..

"mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”


Cukuplah, 10 kisah macam mana perkataan loghat kelantan tu cuba nak di Bahasa Melayukan. HAru jadinya. Kalau nak baca lagi sila ke sini.

12 August 2009

Kelate Kito


Loghat atau dailek Kelantan ni bagi sesetengah orang memang agak susah untuk disebut atau digunakan, kecualilah sememangnya orang tu berasal dari Kelantan. Ramai jugak antara sahabat maya saya ni berasal dari Kelantan (sama negeri dengan saya). Pada saya walaupun duduk bertahun-tahun mahupun berbelas atau berpuluh tahun di negeri lain, loghat Kelantan tetap tidak hilang dari mulut mereka.

Yang saya nak sentuh sikit adalah mengenai perkataan-perkataan dalam loghat Kelantan (kelate) yang biasa saya pakai dulu tapi la ni dah tak sempat lagi nak guna (sebab tak de orang sama spesis..hehe). Perkataan-perkataan seperti bokbon, tu'yuk, pokkor, ike keronge, supik gelenyar,bekwoh, belengah dan macam-macam lagi.

Kalau tak tau perkataan-perkataan yang saya sebutkan tu inilah antara maknanya ;

Bokbon = spesis beruk/ pada saya cempelai (haiwan yg makan ayam).
tu'yuk = Pepatung, ada sesetangah tempat di panggil puting beliung.
Pok'kor = mengkarung.
Ike Keronge = Ikan cencaru.
Supik gelenyar = Beg plastik.
bekwoh = kenduri/ kerja kahwin.
Belengah = melekit.

Banyak lagi perkataan yang rasanya unik kalau disebut seperti rhukah(panjat), hungga(lari), grohok(susah), tohok(buang), jhuruh(baik/sopan santun)..........

Dalam loghat kelate ada juga kita panggil sebagai kata penguat yang boleh tahan juga tu. (Perkataan belakangnya adalah kata penguat).

Manis netting, masam phurik, pahit lepe, tawar hebbe, putih shueh, hite lege, biru kethu, kenyang bonyah, comel lote, gemuk gdebok, busuk banga, hapok kohong, nnakut hapah, jatuh celabok, kucar hanya............

Ada juga perkataan dalam loghat Kelantan yang biasa tapi dianggap lain dalam loghat lain contohnya cebok, dalam loghat Kelantan bermaksud "ceduk air" tapi dalam loghat lain ada membawa masuk basuh b***k (betul ke?). Patat, Kelantan bermaksud "yang paling bawah" ada sesetengah loghat membawa maksud mencarut. Nyor Kote, orang Kelantan memberi maksud kepada "buah kelapa tua yang dah tiada air". hehe... sesetengah tempat KOTE membawa maksud lain.......

Panggilan NNATE, kekadang perkataan ini menjadi simbol "kemesraan" antara kawan. Cuba translate jadi BINATANG... hehe boleh bertumbuk nanti.

Seronok juga bersembang pasal loghat Kelantan ni, untuk pengetahuan orang lain serba sedikit. Akhir sekali biasanya perkataan yang berakhir dengan 'an', 'am', 'ang' akan diganti dengan 'e' dalam lohgat Kelantan, contohnya :

Jangan = jange
Malam = male
Makan = make

Pisang = pise
Dalam = dale

Ayam = aye

Ikan = ike

But please! jangan sesekali gunakan formula ini untuk perkataan pelam (mempelam) sebab akan jadi lain makna pulak.

Tak percaya try sebut pelam = PELE . Hah sapa suruh sebut!!.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More