Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

17 July 2009

Musim Kenduri

Sekarang ni penghujung bulan Rejab dan selepas ini Syabaan akan menyusul sebelum tibanya Ramadan yang penuh berkat. Di tempat tinggal saya sekarang ni, bila masuknya bulan Syabaan, ramai penduduk akan membuat kenduri arwah untuk ahli keluarga mereka yang meninggal dunia. Jika dulu boleh dikatakan kenduri ada sepanjang malam bulan Syabaan tapi sekarang ni orang ramai hanya mengejar malam cuti hujung minggu sahaja. Ini mungkin kerana ramai ahli keluarga atau saudara mara mereka bercuti ketika itu.

Kebiasaanya menu untuk jamuan adalah nasi ambeng. Nasi ambeng merupakan menu utama kenduri bagi masyarakat Jawa disini dan mungkin juga di mana-mana terdapatnya masyarakat Jawa. Nasi ambeng akan dihidangkan selepas majlis tahlil tamat. Kuih-muih biasanya dihidang bersama dengan nasi ambeng. Tetamu hanya memakan kuih dan nasi ambeng akan dibungkus untuk dibawa balik ke rumah masing-masing.

Secara ringkas nasi ambeng diletakkan di dalam dulang untuk hidangan 4 orang bersama lauk-pauk, sayur dan juga serunding. Nasi ini akan dibahagikan sama banyak oleh seseorang dalam kumpulan berempat tadi. Ada juga sesetengah majlis, nasi ambeng ini dah siap dibungkus dari dapur dan tetamu hanya perlu membawanya pulang.

Malam tadi baru saya pergi kenduri dan kemungkinan malam ini pun ada. Boleh dikatakan malam hujung minggu orang rumah bolehlah gantung periuk belangga.

* Gambar, saya ambil dari google. Bukan dari kenduri yang saya hadir... hehe segan nak snap gambar. Sedap juga makan nasi ambeng ni sambil dengar lagu loghat Kelate.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More