Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

12 May 2010

Alkisah Ke Kedah

Alkisahnya hujung minggu lepas saya ke Pendang, Kedah kerana mengiringi pengantin dan keluarganya ke majlis bertandang belah pengantin lelaki. Bertolak dari Johor lebih kurang pukul 9.00 malam dan sampai ke Pendang lebih kurang pukul 8.00 pagi keesokkan harinya. Memandangkan kami pergi dengan bas, jadi tiadalah penat memandu. Walaupun begitu keletihan masih juga terasa kerana bukannya selesa tidur dalam bas.

Majlis di belah pihak perempuan telah berlangsung seminggu lebih awal. Sebenarnya pengantin perempuan adalah sepupu orang rumah saya. Jadi yang mengiringi pengantin ke Kedah ini adalah ramai di kalangan saudara mara dan sedikit jiran yang terdekat.


Selesai saja majlis menghantar pengantin, kami ke Padang Besar, Perlis memandangkan jaraknya bukanlah jauh sangat tempatnya dari situ. Di situ apa yang ada ye.......


Orang-orang perempuan memang sukalah pergi tempat-tempat yang macam ni. Saya sekadar tengok-tengok, jalan-jalan dan menghalakan lens ke tempat yang dirasakan menarik. Ada juga satu dua barang yang saya beli., sekadar buat cenderamata balik Johor. Terasa tak beberapa pandai nak membeli di sini, sebab saya lebih selesa membeli belah kat Rantau Panjang, jika balik kampung. Nak bandingkan dengan Rantau Panjang di Kelantan, rasanya Rantau Panjang lebih besar dan banyak pilihan. Puas nak berjalan.........

Bertolak balik ke Johor, lewat petangnya dan sepanjang perjalanan balik Johor............... masing-masing lena diulit intan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More