Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Kad Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Kad Hari Raya. Show all posts

22 September 2010

Huruf Berkata-kata

Entah mengapa, empat,lima mejak ni memang terasa sangat malas nak update blog. Nak berziarah dari blog ke blog kekawan yang lain pun dah mula berkurangan saya buat. Kalau pergi pun sekadar menjenguk dan membaca. Kekawan jangan berkecik hati ye... insyaAllah kalau mood berblog ni kembali normal, blog-blog kalian saya akan terjah dan tinggal serba sedikit jejak. Nak memulakan menaip dua tiga patah perkataan itupun alah payahnya.

Bukan saja terasa malas nak mengupdate blog, nak mengambil gambar pun memang malas sangat. Balik Kelantan itu hari pun..... kali pertama satu pun gambar saya tak terambil. Mungkin ini tanda-tanda dah nak sampai ke penghujung kot blog saya ni. Cuma bila terfikir, terasa sayang jugak kalau blog ni terus bersawang lalu terbiar begitu saja.

Balik Kelantan untuk raya itu hari pun kurang meriahnya. Disebabkan saya balik lewat sedikit, ramai kekawan yang dah kembali semula ke perantauan. Tak sempat nak jumpa-jumpa sambil ngeteh-ngeteh. Perjalanan yang memakan masa hampir 15 jam dari Johor ke Kelantan akibat kenderaan yang banyak dan bergerak perlahan, memang terasa perit nak balik time raya ni. Seharian lepas sampai, masa dihabiskan dengan berehat dan tidur untuk bayar hutang seharian dalam kereta. Nak berjalan ke mana-mana lepas tu terpaksa fikir 4,5kali sebab kompom akan jumpa jem lebih-lebih lagi kalau nak ke bandar terutama Kota Baharu.

Hehe......entri kali ni nampaknya tak ada gambarlah sebab saya memang tak ambil sebarang gambar ketika balik hari tu. Gambar anak saudara yang baru lahir hari raya itu hari pun tak saya ambil. Hehe... apa punya pak saudara ni. :)



Gambar ni tidak berkaitan dengan entri di atas, saja letak sebab tak cantik nanti kalau entri tak ada thumnail. Cilok dari internet. kepada tuan punya gambar, minta izin yee....

05 September 2010

Salam AidilFitri

Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan serta pengunjung blog TokNabe ini. Semoga kedatangan Syawal memberi kebahagiaan kepada semua. Andai akan tulisan yang menyinggung sesiapa, saya mohon ampun dan maaf kepada mereka yang terlibat.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dalam dua tiga hari lagi akan berakhirlah bulan Ramadhan dan kemunculan Syawal memang dinanti oleh ramai orang. Mungkin hanya segelintir yang menangisi pemergian bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Kesempatan kehadiran Syawal, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger dan juga rakan di FaceBook. Walaupun tidak pernah bertemu mata, tapi kemungkinan melalui tulisan atau komen-komen saya ada yang menguris hati pada mereka yang berkenaan, saya mohon ribuan maaf dari anda semua.

Raya ini kalau dikira cuti ada la dalam 10 hari . Berkemungkinan saya akan berada diluar kawasan liputan dalam 6 hari bermula Jumaat ini sehinggalah Rabu depan. Hehe... balik kampung.

Mana yang sudi nak amik bingkisan raya saya disebelah ini, dipersila dan dialu-alukan. saya amat berbesar hati jika tuan/puan mengambilnya untuk diletakkan di blog masing-masing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Jangan tercekik kuih semperit.



10 September 2009

Kad Raya Rakan Blogger

Kad Raya maya pertama saya terima dari rakan blogger yang sama-sama mencurah idea menulis di kanvas maya ini. Terima kasih Maiyah. Selamat meneruskan ibadat puasa.

Kad raya dari Alona... baru gi ambil disebabkan posmen tak nak hantar. Terima kasi berbanyak atas kad raya maya ini.


Kad ketiga yang sempat saya ambil setakat ini dari Zue. Thanks alot untuk kiriman ini.

08 September 2009

Yang Semakin Tiada


Kalau dahulu, tibanya pertengahan puasa hingga ke hari raya pasti kunjungan posmen akan membawa kad-kad raya dari kelauarga, teman-teman dan rakan taulan. Dengan kad yang pelbagai bentuk, saiz dan juga corak pasti membawa ingatan yang segar kepada pengirim terbabit.

Hari tu semasa membeli belah di sebuah pasaraya, saya terlihat juga masih ada kad-kad raya ini dijual tapi nampaknya ruangan tersebut sepi. Tiada orang yang memilih kad-kad raya terbabit. Jika zaman saya dahulu, meriah sungguh orang memilih kad-kad raya ini lebih-lebih lagi dipertengahan Ramadhan ini.

Orang ramai tak mencari lagi kad-kad raya ini berkemungkinan mereka dah beralih kepada sms dan juga mms. Sesetengah orang kata senang dan mudah. Ada pula yang kata amat murah dan cepat. Mana yang mempunyai kemudahan komputer dan talian internet pula, e-kad raya yang menjadi pilihan. Semuanya nampak mudah tapi sebenarnya kad-kad raya ini juga merupakan salah satu kemeriahan hari raya.

Sekarang......... masihkah anda menghantar dan menerima kad raya kepada/daripada teman dan juga keluarga. Saya sendiri pun dah lama tak mencari kad-kad raya ini.....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More